awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas parah disondol babi hutan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2022
01:00 MYT
Warga emas parah disondol babi hutan
Cucu mangsa, Mohamad Nizam Mohamad, 34, (kiri) menunjukkan parit tempat mangsa ditemukan. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Belum sempat menjamah durian, seorang warga emas parah diserang oleh seekor babi hutan di dusun buah-buahan yang terletak bersebelahan rumahnya di Taman Desa Wangi, Kampung Kubang Siput di sini pada pagi Rabu.
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
Cucu mangsa, Mohamad Nizam Mohamad, 34, berkata, ketika kejadian, dia sedang membakar sate tempahan pelanggan di pekarangan rumahnya yang terletak selang sebuah rumah daripada rumah mangsa.
Katanya, secara tiba-tiba dia terdengar jeritan kuat datuknya yang meminta tolong sebelum dia bergegas ke arah bunyi tersebut.
“Semasa sampai di kawasan dusun itu, saya nampak seekor babi hutan sedang menyondol datuk dan mereka bergelut.
“Datuk jatuh ke dalam parit sedalam semeter dan babi tersebut pula berhenti apabila melihat saya datang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Rabu.
Mohamad Nizam Mohamad, 34, (kanan) dan Zakiah Deraman, 76, (kiri) menunjukkan kesan darah mangsa pada kupiah dan bantal mangsa.
Mohamad Nizam Mohamad, 34, (kanan) dan Zakiah Deraman, 76, (kiri) menunjukkan kesan darah mangsa pada kupiah dan bantal mangsa.
Menurutnya, babi tersebut tidak melarikan diri sebelum bapanya datang membawa kayu dan menghalau babi tersebut, lalu haiwan itu masuk semula ke dalam hutan.
“Saya angkat datuk bawanya ke rumah dan menghubungi ambulans sebelum dia dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk rawatan.
”Setakat ini, datuk masih berada di unit kecemasan Hospital USM,” katanya.
Sementara itu, isteri mangsa, Zakiah Deraman, 76, berkata, sebelum kejadian itu, dia dan suaminya sempat bersarapan bersama di sebuah gerai makan berhampiran sebelum mangsa ke dusun buah untuk mengutip durian.
“Suami saya memberitahu teringin makan buah durian sebelum berjalan kaki dari kedai makan ke dusun buah-buahan di bersebelahan rumah kami.
“Sebelum ini, sekumpulan 13 hingga 15 ekor babi sememangnya kerap berkeliaran di kampung ini dengan memakan dan merosakkan tanaman penduduk,” katanya.
Bagaimanapun katanya, kejadian menimpa suaminya itu pertama kali berlaku sejak sekian lama ancaman babi di kawasan kampung berkenaan.
“Sebelum ini sudah banyak kali operasi dilakukan oleh pihak berwajib bagi menghapuskan haiwan yang merosakkan tanaman penduduk,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#babi hutan
#dusun buah-buahan
#Umar Ngah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan