SEREMBAN: Seorang wanita warga emas yang memandu Perodua Myvi dan terbabas dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights dekat Senawang di sini, didakwa mengalami kekurangan gula dalam darah dan pitam sehingga gagal mengawal kenderaan dipandunya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, wanita berusia 60 tahun berkenaan dikatakan baru sahaja selesai menziarahi kubur arwah suaminya di tanah perkuburan itu seorang diri.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, warga emas itu secara tiba-tiba pitam di dalam kenderaan sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya telah bergerak ke hadapan.
“Ketika hendak bergerak keluar dari tanah perkuburan tersebut, pemandu kenderaan itu berada dalam keadaan kekurangan gula dalam darah dan pitam sebelum pitam di daLam kenderaannya.
“Situasi itu menyebabkan kereta yang dipandu bergerak ke hadapan secara tidak sengaja dan melanggar dua tapak perkuburan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, tular beberapa gambar yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai terbabas di dalam kawasan tanah perkuburan Islam.
Mengulas lanjut Nanda berkata, insiden itu menyebabkan dua tapak perkuburan mengalami kerosakan manakala wanita warga emas terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kereta dipandu itu juga hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan dan pemandu wanita telah pun menerima rawatan yang sewajarnya.
“Anak kepada wanita warga emas itu juga telah hadir membuat laporan dan memaklumkan akan bertanggungjawab untuk membaiki segala kerosakan melibatkan tapak perkuburan terjejas,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Feb 17 2022

Insiden itu menyebabkan dua tapak perkuburan mengalami kerosakan. - Foto PDRM

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

MyEzyCover.com bakal manfaatkan 1.6 juta penjawat awam tetap, kontrak
Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MyEzyCover.com akan diperluas kepada GLC, GLIC, sektor swasta
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com akan diperluaskan kepada kakitangan GLC, GLIC dan sektor swasta dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Penjawat awam bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan - PM
Pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa faedah ditawarkan kepada penjawat awam tetap dan kontrak.

JAWI rangka ketetapan baharu ibadah korban
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban

50 pasukan sertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022
Tahun ini KRM memperuntukkan bantuan geran sebanyak RM1,000 kepada setiap pasukan bertanding.

Warga emas pitam sebelum Myvi rempuh kubur
Wanita berusia 60 tahun berkenaan dikatakan baru sahaja selesai menziarahi kubur arwah suaminya di tanah perkuburan itu seorang diri.