KINABATANGAN: Seorang warga emas positif COVID-19 yang melarikan diri ketika mahu dibawa ke hospital ditemui bersembunyi di sebuah kebun di Kampung Kuala Tongod, di sini, petang Isnin.
Lelaki berusia 69 tahun itu ditemui penduduk kampung kira-kira jam 6.30 petang, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di Tongod, kemudian mengambil lelaki berkenaan untuk dibawa ke hospital.
“Pada jam 6.50 petang, polis menyerahkan warga emas berkenaan kepada petugas KKM," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Terdahulu, kira-kira jam 11 pagi Isnin, warga emas itu dikatakan melarikan diri ketika hendak dibawa ke Hospital Sandakan untuk rawatan selepas didapati positif COVID-19.
Dalam kejadian itu, sepasukan petugas KKM pergi ke kampung berkenaan untuk membuat makluman dan persediaan membawa individu yang disahkan positif COVID-19 ke Hospital Sandakan untuk rawatan.
Petugas kemudian membuat tinjauan ke rumah lelaki berkenaan dan mendapati warga emas itu sedang mengemaskan barang-barang di luar rumahnya.
Petugas menyangka lelaki itu sedang bersiap untuk dibawa ke hospital, namun mereka mendapati lelaki itu menghilangkan diri tidak lama kemudian.
Radhi Muslim
Mon Jun 14 2021

Lelaki berusia 69 tahun itu ditemui penduduk kampung kira-kira jam 6.30 petang, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar/ Ihsan pembaca

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
My Asli mahu kerajaan iktiraf jurubahasa isyarat sebagai kerjaya rasmi
Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (My Asli ) mahu Kerajaan mengiktirafkan Jurubahasa Isyarat sebagai kerjaya profesional sejajar dengan peranan mereka menjadi penghubung komunikasi antara komuniti pekak dan masyarakat umum dinegara ini.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.

Sabah memerlukan 120,000 unit darah setahun
Secara purata negeri itu memerlukan kira-kira 300 unit darah sehari bagi membantu pesakit yang memerlukan bekalan darah.

Tempoh moratorium dilanjutkan sebelum rumusan dibentang kepada Kabinet pada 1 Julai - Dzulkefly
Tempoh moratorium pelaksanaan waktu bekerja selama 45 jam membabitkan golongan jururawat dilanjutkan sebulan lagi, sebelum rumusan dan cadangan hasil libat urus dibentang kepada Kabinet pada 1 Julai.

Jururawat denyut nadi sistem kesihatan negara - Dzulkefly
Jururawat bukan sekadar profesion, ia adalah denyut nadi kepada sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM taja lebih 2,500 ujian klinikal di 260 lokasi seluruh negara
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) telah menaja lebih 2,500 ujian klinikal di lebih 260 lokasi seluruh negara.

Rampasan ubat tidak sah meningkat kepada RM37.5 juta tahun lalu - Dr Dzulkefly
Sebanyak 21,571 perkara melibatkan produk ubat-ubatan, kosmetik dan bahan mentah tidak sah dengan nilai RM37.5 juta dirampas KKM.

RMK12: JKR laksana 66 projek baharu KKM bernilai RM2.4 bilion
JKR sedang melaksanakan 66 projek bina baharu Kementerian Kesihatan di bawah RMK12 melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM2.4 bilion.

Tiga bulan pendekatan advokasi sebelum penguatkuasaan harga ubat
Kementerian Kesihatan dan KPDN mengambil pendekatan penguatkuasaan pendidikan secara berfasa selama tiga bulan dalam pelaksanaan perintah pemaparan harga ubat.

PRU2025 Singapura: Ketidaktentuan global dijangka pengaruhi pengundi
PRU2025 berlangsung dalam suasana ketidaktentuan global yang semakin memuncak, dijangka mempengaruhi sentimen pengundi.

KKM rintis projek tenaga boleh diperbaharui, tubuh BRAIN pacu penjagaan kesihatan mampan
KKM sedang merintis projek tenaga boleh diperbaharui melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) di kemudahan penjagaan kesihatan terpilih di Lembah Klang.

Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuktamad Jun - Dzulkefly
Isu berkaitan kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Jun ini.