awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
Waspada iklan badal haji RM1,500, umat Islam diingatkan elak jadi mangsa penipuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rentung, dua ahli keluarga melecur dalam kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2022
05:00 MYT
Warga emas rentung, dua ahli keluarga melecur dalam kebakaran
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Jalan Parit Abas, Benut, Pontian, pada Isnin yang mengorbankan seorang lelaki warga emas. -Foto Sinar Harian
PONTIAN: Seorang warga emas rentung manakala dua ahli keluarganya melecur dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Parit Abas, Benut, di sini pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 pagi.
Susulan itu katanya, Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Othman Baher bersama 27 anggota dari BBP Pontian, BBP Pontian Baru, BBP Rengit dan Fire Post Benut dikejarkan ke tempat kejadian bersama jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dan Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS).
"Sebaik tiba, rumah separuh kekal itu sudah terbakar hampir keseluruhan.
"Mayat warga emas yang rentung ditemukan dalam sebuah bilik manakala dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri.
"Kedua-dua mereka melecur di kaki dan diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan Benut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Azhar, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 4.50 pagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#warga emas rentung
#dua ahli keluarga melecur
#Jalan Parit Abas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan