awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
04/07/2024
10:56 MYT
Warga emas rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa, 66 tahun, dilaporkan telah tertarik dengan satu iklan pelaburan saham melalui laman sosial atas nama Pimco Malaysia Station W68. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian pada Mei lepas.
Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata mangsa, 66 tahun, dilaporkan telah tertarik dengan satu iklan pelaburan saham melalui laman sosial atas nama Pimco Malaysia Station W68.
"Mangsa yang juga pemilik kebun durian di Bentong itu telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi media sosial dan telah membuat pelaburan sebanyak RM10,000 ke atas akaun yang diberikan pada 21 Mei selepas dijanjikan keuntungan sebanyak 100 peratus dari jumlah pelaburan.
"Susulan itu, suspek telah mengatakan bahawa mangsa memperolehi keuntungan RM500,000 dan dikehendaki membuat tambahan pelaburan bagi menebus keuntungan yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Hisam berkata mangsa terus diperdaya membuat pelaburan tambahan sehingga akhirnya melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM204,706 melalui enam transaksi dan kali terakhir dibuat adalah semalam.
Beliau berkata mangsa mula sedar ditipu setelah wang pelaburan daripada simpanan perniagaannya tidak mendapat sebarang pulangan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pimco Malaysia Station W68
#warga emas
#pelaburan
#rugi lebih RM200000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan