Seorang warga emas yang tidak mampu berjalan nyaris rentung dalam kebakaran kediaman di Kampung Jawa, di sini, tengah malam tadi.
Mangsa Hassan Shaibi, 77, berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang tiba 5 minit kemudian.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah di Jalan Kampung Jawa melalui sistem MERS 999.
"Jentera pertama sampai di lokasi pada jam 12.55 tengah malam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan," katanya yang memaklumkan menerima laporan kira-kira jam 12.50 tengah malam.
"Pasukan pemadam terdiri daripada 19 anggota dengan kekuatan logistik dua jentera FRT, satu lori tangki dan satu jentera EMRS," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Beliau berkata anggota bomba membuat pemadaman dengan menggunakan empat aliran hos dan empat pancutan air dari tangki pam jentera.
"Anggaran kemusnahan adalah 80 peratus.
"Terdapat seorang mangsa lelaki warga emas yang tidak dapat berjalan dan sebuah kereta Proton Perdana berjaya diselamatkan anggota bomba.
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya lagi.
Operasi pemadaman tamat pada jam 1.06 pagi.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Noraniza Kamsani
Wed Apr 01 2020

Rumah di Kampung Jawa yang musnah dalam kebakaran malam tadi. -Pix JBPM

AWANI Ringkas: Elak gelombang keempat COVID-19 | Bazar boleh diarah tutup bila-bila masa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki dibunuh, mayat ditinggal dalam kebun getah
Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan dipercayai dibunuh dalam sebuah kebun getah di Kampung Banggol Batu.

COVID-19: Australia sahkan individu kedua alami darah beku selepas suntikan AstraZeneca
Australia mengesahkan individu kedua telah didiagnosis dengan masalah darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

AWANI Ringkas: Nilai R Naught meningkat | Pelajar Malaysia selamat dikebumi

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Empat sekeluarga maut kereta bertembung treler di Bentong
Tiga mangsa yang maut tersepit di dalam kenderaan manakala seorang penumpang berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

Treler terjunam ke dalam gaung, 1 maut
Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tersepit dalam treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera.

Warga emas tidak mampu berjalan nyaris rentung dalam kebakaran
Mangsa Hassan Shaibi, 77, berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang tiba 5 minit selepas menerima laporan.

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah kedai
Mayat lelaki itu ditemui anggota bomba selepas selesai memadam kebakaran, di salah satu bilik sewa di tingkat tiga rumah kedai berkenaan.

Tiga ditemukan rentung dalam kemalangan di Triang
Tiga individu yang menaiki sebuah kereta ditemukan rentung dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di pekan Mengkuang di Triang, Bera, Kuantan.