awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Calon BN yakin pertahan Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
Sebarang usaha normalisasi seks songsang tidak akan dikompromi - KP Jakim
[TERKINI] PRK Kinabatangan, Lamag: SPR jangka peratusan keluar mengundi 65 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas tinggal sendirian ditemukan meninggal dunia dalam rumah

Bernama
Bernama
16/11/2025
12:34 MYT
Warga emas tinggal sendirian ditemukan meninggal dunia dalam rumah
Bomba menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 10.53 pagi berhubung insiden rumah berkunci melibatkan seorang mangsa. - Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Jinta Murni, Kampung Pauh Lima, Bachok, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Khairul Fais Ariffin berkata Jafri Said, 62, disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Bomba menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 10.53 pagi berhubung insiden rumah berkunci melibatkan seorang mangsa. Lapan anggota dan seorang pegawai bersama sebuah jentera FRT yang digegaskan ke lokasi menemukan Jafri tidak sedarkan diri di dalam rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, jiran mangsa, Adib Haikal Abdullah, 26, berkata warga emas berkenaan yang dikenali penduduk sebagai "pak cik" atau "ustaz", tinggal bersendirian di rumah teres itu.
"Kira-kira 10 malam semalam, jiran sebelah terdengar bunyi seperti mangsa sukar bernafas tetapi tidak pasti bunyi itu. Jafri dikatakan demam sejak dua hingga tiga hari lepas.
"Keadaan menjadi lebih mencurigakan apabila lampu rumahnya tidak dibuka sejak malam, sebelum seorang lagi jiran mengetuk pintu pagi ini tetapi tiada sahutan," katanya.
Adib Haikal berkata setelah pintu tidak dibuka dan tiada tanda pergerakan, beberapa jiran segera menghubungi pihak bomba dan polis bagi memeriksa keadaan kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#meninggal dunia
#Bachok
#bomba
#bbp bachok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan