awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Malaysia semua peringkat umur mesti patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Bernama
Bernama
20/03/2020
20:10 MYT
Warga Malaysia semua peringkat umur mesti patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan membataskan aktiviti harian, ia adalah cara paling selamat untuk menangani krisis kesihatan melibatkan wabak COVID-19. --fotoBERNAMA/Hiasan.
Warga Malaysia semua peringkat umur, termasuk warga emas perlu bersama dalam melaksanakan tanggungjawab memerangi wabak COVID-19 dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Pertubuhan Bukan Kerajaan Warga Emas dan Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan dalam kenyataan media bersama pada Jumaat berkata walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah membataskan aktiviti harian mereka, ia adalah cara paling selamat untuk menangani krisis itu.
"Ini adalah tempoh yang membimbangkan terutama bagi warga tua dan ahli keluarga mereka. Sukar untuk membayangkan apabila kita tidak boleh keluar selama dua minggu, tetapi itu adalah perkara yang wajib kita lakukan. Duduk di rumah!
"Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah untuk memastikan kita mengamalkan penjarakan sosial. Ini bermakna kita harus menjauhkan diri daripada individu lain bagi mengelakkan dijangkiti. Tolong menjadi individu yang bertanggungjawab di saat-saat getir ini," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, mengamalkan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat menggunakan pencuci pembasmi kuman dan mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul adalah penting, walaupun setelah Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#keluarga
#kerajaan
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan