HULU TERENGGANU: Seorang warga Singapura maut selepas kenderaan aktiviti sukan (SAV) BMW X5 yang dinaiki melanggar lopak air sebelum terbabas dalam kejadian di Kilometer 398.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, Clarrisa Neo Li Shan, 28, yang merupakan penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakan bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Redang, Terengganu kira-kira jam 1 petang.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu rakan mangsa, Ng Shea Shin, 31, telah melanggar lopak air sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.
"Apabila tiba di lokasi kejadian keadaan hujan lebat, kenderaan dipandu rakan mangsa tiba-tiba melanggar lopak air lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar penghadang besi.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya.
Mohd Adli berkata, seorang lagi mangsa iaitu Coo Juo Sie, 30, yang merupakan penumpang belakang patah kaki kiri dan cedera tangan kanan manakala pemandu kenderaan dan seorang lagi penumpang bahagian belakang kenderaan iaitu Goh Yong Zhin, 28, tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 30 2022
Keadaan kenderaan aktiviti sukan (SAV) BMW X5 setelah terbabas dan melanggar besi penghadang jalan dalam kejadian di kilometer 398.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.