awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Thai dan kekasih dicekup bawa masuk dadah ke Langkawi

Bernama
Bernama
06/12/2015
06:58 MYT
Warga Thai dan kekasih dicekup bawa masuk dadah ke Langkawi
Kedua-dua saspek yang turut didapati positif sebagai pengguna dadah turut disiasat bagi mengenal pasti jaringan aktiviti mereka di Langkawi. - Gambar fail
Seorang wanita warga Thailand dan pasangan kekasihnya, seorang lelaki tempatan, ditahan polis di sini semalam selepas disyaki cuba membawa masuk 387 gram heroin dan 9.5 gram syabu ke Langkawi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata tujuh biji pil khayal jenis Eramin 5 turut ditemui di dalam beg sandang yang dibawa oleh pasangan itu semasa mereka ditahan di Kompleks Jetty Point Kuah di sini kira-kira pukul 9.00 malam tadi.
"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Langkawi yang sedang menjalankan operasi Op Tapis di kawasan itu telah memberkas pasangan terbabit yang berkelakuan agak mencurigakan semasa berjalan di kompleks berkenaan," katanya.
Menurutnya wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an dan pasangannya dalam lingkungan 40-an kini sedang direman dan disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
"Siasatan turut dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1985 bagi mengesan dan menyita harta-harta suspek yang diperoleh melalui akitiviti pengedaran dadah," katanya.
Che Ghazali berkata siasatan polis setakat ini turut mendapati kesemua dadah yang dirampas cuba diedarkan di sekitar kawasan Kedawang di sini dan berdasarkan jumlahnya, bahan terlarang itu mampu menampung bekalan untuk 300 orang penagih dalam satu-satu masa.
Katanya kedua-dua saspek yang turut didapati positif sebagai pengguna dadah turut disiasat bagi mengenal pasti jaringan aktiviti mereka di Langkawi.
Topic Berkaitan
#Che Ghazali Che Awang
#narkotik
#Syabu
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan