awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Thailand maut kemalangan

Bernama
Bernama
04/01/2026
03:10 MYT
Warga Thailand maut kemalangan
Seorang lelaki Thailand maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta di jambatan Kuala Besut, Jertih, petang semalam. - Gambar Bernama
JERTIH: Seorang lelaki Thailand maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta di jambatan Kuala Besut, di sini, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Md Sani Md Saleh berkata, pihaknya menerima maklumat pada 3.30 petang dan Adnan Bueraheng, 51, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan juga menyebabkan isteri mangsa berusia 48 tahun yang membonceng motosikal itu cedera.
"Siasatan awal mendapati mangsa memotong di garisan putih berkembar dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#warga Thailand maut
#jambatan Kuala Besut
#Adnan Bueraheng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami