KUCHING :Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing menegur Parti Warisan Sabah (Warisan) kerana tidak mengikuti jejak langkah Kerajaan Sarawak menuntut lebihan hasil daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) ketika Warisan mentadbir Sabah sejak 2018.
Menurut Masing, keengganan Warisan bersama-sama Sarawak mengambil tindakan undang-undang ke atas Petronas bagi menuntut cukai jualan negeri (SST) dipercayai 'takut' dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu Perdana Menteri.
"Sebelum ini, apabila saya mengajak Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Petronas berkaitan SST lima peratus hasil minyak dan gas, mereka meminta saya berhenti selain menggelar saya 'budak nakal yang tiada disiplin'," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp pada Rabu.
BACA: Perjanjian Sarawak-Petronas bakal rancakkan pembangunan industri petroleum - PM
Selain itu, Masing berkata, Kerajaan Sabah yang baharu kini sedar akan hak terutama minyak dan gas yang selama ini dikawal selia Petronas.
"Sekarang, kerajaan negeri yang baharu tahu bahawa sumber minyak dan gas Sabah dikawal selia Petronas serta mahu syarikat minyak negara itu mengembalikan semula hasil tersebut. Saya mengucapkan semoga berjaya buat mereka (Sabah)," katanya.
Pada Selasa, Dr Jeffrey dalam satu kenyataan memberitahu Sabah juga akan berusaha untuk mendapatkan perjanjian sama dengan Petronas seperti yang dikecapi Sarawak.
GRS tegasnya, tidak akan mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ seperti Kerajaan Warisan dalam menuntut kembali hak-hak negeri di bawah MA63.
"Kami akan bekerjasama erat dengan Kerajaan Sarawak dalam memastikan semua hak di bawah MA63 dipenuhi dan membetulkan semua pelanggaran perjanjian yang telah terkumpul selama beberapa dekad," katanya.
Fadilah Sulaiman
Wed Dec 09 2020
Langkah ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa Sabah dan Sarawak tegas dalam mempertahankan hak miliknya, ujar Timbalan Ketua Menteri Sarawak. - Gambar Fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sarawak, Petronas meterai perjanjian penyelesaian komersial Isnin depan
Kerajaan Sarawak dan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan menandatangani Perjanjian Penyelesaian Komersial pada 7 Disember ini.