KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menolak pelawaan 'kelakar' daripada Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).
Bendahari Warisan, Terrence Siambun berkata, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu mungkin terlupa untuk mengajak Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai PN secara rasmi, sebaliknya menumpukan kepada Warisan.
"Mungkinkah PBS, seperti Warisan, turut menolak tawaran Jeffrey untuk PBS menyertai secara rasmi dengan PN?.
"Kita menghargainya tetapi tidak apa, terima kasih, " katanya dalam satu kenyataan medianya.
Untuk rekod, Dr Jeffrey baru-baru ini mendedahkan beliau tiada masalah dan menyokong pelawaan diberikan PBS kepada Warisan untuk menjadi sebahagian gabungan parti dalam PN.
Sebelum ini, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan keterbukaan pihaknya menghulurkan jemputan kepada Parti Warisan untuk mempertimbangkan kerjasama politik dengan PN, sama ada sebagai ahli atau rakan kongsi.
Sementara itu, Terrence berkata, Dr Jeffrey perlu menyedari pemakluman Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk berkerjasama dengan PBS adalah sebagai respon ketika ditanya pengamal media.
"Datuk Seri Mohd Shafie merujuk kerjasama dengan PBS itu adalah berkongsi cabaran sama demi rakyat Sabah seperti Warisan lakukan dan bahawasanya Presiden PBS itu adalah kawan lama Mohd Shafie dan pernah menjadi pembela hak Sabah secara konsisten," katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Sat May 22 2021
Warisan menolak pelawaan Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk parti itu menyertai PN.
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild
Mukhti, 80 tahun, giat menjalankan aktiviti Wayang Kulit Jawa sejak berumur 15 tahun ini merupakan satu-satunya Tok Dalang di Kampung Sg Nibong.
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Benarkah Tahun Melawat Perak hambar?
Ramai yang membandingkan TMP2024 dengan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Perlis yang juga berjalan serentak pada tahun sama.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).