awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hong Kong mulakan perbicaraan keselamatan negara terhadap kumpulan penganjur vigil Tiananmen
Volvo EX60 diumumkan – kereta pertama disertakan Google Gemini
Instagram bereksperimen dengan paparan angka 'Kawan' ganti akaun diikuti di profil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal

Bernama
Bernama
09/03/2024
14:51 MYT
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji berkata parti pembangkang khususnya Warisan, sepatutnya menilai pencapaian parti itu (Warisan) sendiri semasa mereka mengemudi kerajaan selama dua tahun setengah, sebelum membuat tuduhan kerajaan GRS PH Plus gagal. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata parti pembangkang khususnya Warisan, sepatutnya menilai pencapaian parti itu (Warisan) sendiri semasa mereka mengemudi kerajaan selama dua tahun setengah, sebelum membuat tuduhan kerajaan GRS PH Plus gagal.
Beliau berkata sekiranya kerajaan Warisan dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai ketua menteri ketika itu berjaya membawa pembangunan kepada Sabah, sudah tentu ia tidak ditolak oleh rakyat pada pilihan raya negeri lalu.
"Saya nampak di media sosial (Warisan) menuduh kerajaan GRS gagal, tapi saya yakin rakyat kita tahu keadaan dan mereka pandai menilai," katanya.
Hajiji berkata dalam tempoh dua tahun selepas GRS mengambil alih kerajaan, bilangan kemasukan pelabur ke Sabah sudah berjaya memenuhkan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP), manakala Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), hampir penuh.
"Semua ini untuk rakyat, kita bawa pelabur wujudkan peluang kerja dan saya fokus untuk rakyat. Beribu kerja kita dapat wujudkan menerusi kemasukan pelabur. Ini kita buat, bukan jaja cerita politik.
"Sekarang lagi mahu dekat pilihan raya, semua hentam saya, macam mereka itu malaikat," katanya menerusi kenyataan selepas merasmikan Karnival Mini Gagasan Rakyat di sini hari ini.
Hajiji juga mengakui banyak masalah seperti isu air yang perlu diatasi, namun menegaskan isu yang diwarisi daripada kerajaan lalu itu akan dapat diselesaikan, menerusi kesungguhan kerajaan negeri pimpinannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS
#Warisan
#membawa pembangunan
#kemasukan pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan