awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
72 premis makanan di Kelantan tidak capai tahap kebersihan tahun ini - JKNK
Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan Astro AWANI raih Anugerah Media Kesihatan Kementerian Kesihatan 2015

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2015
15:32 MYT
Wartawan Astro AWANI raih Anugerah Media Kesihatan Kementerian Kesihatan 2015
Ini merupakan tahun kedua Khairunnisa menerima anugerah tersebut selepas turut memenanginya tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
Saluran berita Astro AWANI sekali lagi mendapat pengiktirafan selepas wartawan penyiaran dan penyampai berita, Khairunnisa Kasnoon memenangi Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2015 di sini, malam ini.
Khairunnisa menerima hadiah wang tunai RM5,000 selepas laporannya bertajuk "Bahana Denggi" tentang bahayanya nyamuk Aedes dalam membawa kepada virus demam denggi di negara ini, dipilih sebagai pemenang kategori televisyen.
Ini merupakan tahun kedua Khairunnisa menerima anugerah tersebut selepas turut memenanginya tahun lalu.
Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu majlis penganugerah yang berlangsung di Hotel Seri Pacific di sini, pada malam Jumaat.
Dalam pada itu Subramaniam dalam ucapannya turut mengingatkan semua pengamal media agar mendapatkan pandangan pakar dan profesional dalam bidang perubatan sebelum menulis sesuatu laporan.
Ini kerana sesuatu laporan yang dibuat boleh memberikan implikasi dan tanggapan salah kepada masyarakat sekiranya tidak dibuat mengikut fakta dan pandangan profesional.
Topic Berkaitan
#Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2015
#Bahana Denggi
#Khairunnisa Kasnoon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan