SANDAKAN: Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Adika Bujang, 45, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Taman Perumahan IJM, Batu 6 di sini tengah hari tadi.
Ibunya Nafsiah Bubin ketika dihubungi, mengesahkan pemergian Allahyarham dan reda dengan perkara itu.
"Allahyarham anak yang baik dan selalu membantu keluarga," katanya yang turut memberitahu jenazah akan dibawa untuk dikebumikan di Kota Kinabalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin yang mewakili seluruh warga Bernama, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Adika.
"Kami terkejut dengan berita pemergian Allahyarham dan mendoakan agar roh dicucuri rahmat Allah.
"Bernama akan membantu keluarga Allahyarham dalam urusan membawa pulang jenazahnya ke Kota Kinabalu," katanya.
Beliau berkata Nur Adika merupakan petugas yang cemerlang dengan penulisan dwibahasa dan kreatif, ia terbukti dengan tiga kali penganugerahan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2014 dan 2020 serta 2023.
Nur Adika telah berkhidmat dengan Bernama sebagai wartawan hampir 20 tahun sejak 31 Okt 2005 dan pada 1 Jan 2019 beliau dilantik sebagai Pewarta Sandakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
Nur Adika telah berkhidmat dengan Bernama sebagai wartawan hampir 20 tahun sejak 31 Okt 2005 dan pada 1 Jan 2019 beliau dilantik sebagai Pewarta Sandakan. - Gambar/ Bernama
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Wartawan Bernama Sandakan ditemui meninggal dunia
Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Adika Bujang, 45, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Taman Perumahan IJM, Batu 6 tengah hari tadi.