Skip to main content

Malaysia

Wartawan diharap terus tabah laksana tugas ketika penularan COVID-19 - Saifuddin

41622115002_genericwartawan.jpg
41622115002_genericwartawan.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Para wartawan di negara ini diharapkan terus tabah dalam melaksanakan tugas khususnya ketika Malaysia berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata wartawan telah memainkan peranan penting sebagai jambatan maklumat kepada masyarakat.

Sambil berterima kasih kepada para wartawan, Saifuddin turut mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di Malaysia.

"Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di seluruh negara," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Bermula pada 2018, tarikh 29 Mei setiap tahun diumum sebagai Hari Wartawan Nasional.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement