awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/01/2022
06:51 MYT
Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta
Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Ng Eng Boon, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di dalam kereta miliknya yang diletakkan di depan sebuah pasar raya di Alor Setar.
ALOR SETAR: Seorang wartawan akhbar Cina ditemui meninggal dunia dalam kereta miliknya di depan sebuah pasar raya di bandaraya ini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dikenal pasti wartawan akhbar Sin Chew Daily, Ng Eng Boon, 44, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di dalam kereta miliknya yang diletakkan di depan pasar raya terbabit.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 4.07 pagi mengatakan terdapat seorang individu tidak sedarkan diri dalam kenderaannya.
Kenderaan mendiang Ng Eng Boon yang diletakkan di depan pasar raya  di mana dia ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam.
Kenderaan mendiang Ng Eng Boon yang diletakkan di depan pasar raya di mana dia ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam.
Katanya, ketika kejadian, enjin kereta masih hidup.
Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat.
Topic Berkaitan
#wartawan
#wartawan Sin Chew Daily
#mati dalam kereta
#Ng Eng Boon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan