awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadam - Bomba
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza meninggal dunia di London

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2023
15:40 MYT
Wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza meninggal dunia di London
Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).
KUALA LUMPUR: Wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin yang dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital di London disahkan meninggal dunia.
Khabar duka itu dimaklumkan suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli kepada Astro AWANI.
Menurut Mohd Roshdi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).
"Hafiza sudah tiada, kami baru sahaja dimaklumkan oleh doktor.
"Buat masa ini ahli keluarga masih berbincang untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia atau dikebumikan di sini (London)," katanya.
Mohd Roshdi juga mohon masyarakat Malaysia untuk mendoakan pemergiaan isteri tersayangnya itu.
Siti Nor Hafiza, 40, yang sebelum ini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
Topic Berkaitan
#Siti Nor Hafiza Kamarudin
#wartawan hiburan
#meninggal dunia
#London
#Mohd Roshdi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan