awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan Siti Nor Hafiza agak membimbangkan - Suami

Bernama
Bernama
28/12/2023
14:07 MYT
Keadaan Siti Nor Hafiza agak membimbangkan - Suami
Siti Nor Hafiza, 40, kini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
KUALA LUMPUR: Suami kepada kepada wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin yang dilaporkan kritikal di sebuah hospital di London, Mohd Roshdi Ramli memaklumkan keadaan kesihatan terkini isterinya agak membimbangkan.
Mohd Roshdi yang masih berada di London berkata keadaan isterinya ketika ini agak merosot dan tekanan darahnya juga sangat rendah.
"Keadaan dia agak merosot ... peluang untuk hidup itu agak membimbangkan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata isterinya menghidap penyakit kanser payudara yang menyerang semula selepas enam tahun bebas daripada penyakit itu.
"Dia (Siti Nor Hafiza) memang ada sejarah kanser payudara, selepas enam tahun (penyakit itu) datang semula dan menyerang hati dia. Selain itu, kanser berkenaan juga telah merebak ke bahagian kepala dan seluruh badan," katanya.
Siti Nor Hafiza, 40, kini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
BACA: Wartawan hiburan kritikal di London, Fahmi minta bantuan Tabung Kasih@HAWANA disalurkan segera
Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini.
Dalam pada itu, Mohd Roshdi turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Education Malaysia London Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri kerana membenarkan beliau dan anak-anaknya untuk tinggal sementara di Malaysia Hall selama tiga hari.
Mohd Roshdi berkata selepas ini, dia akan mencari hotel yang berhampiran dengan hospital isterinya dirawat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wartawan hiburan
#Siti Nor Hafiza Kamarudin
#London
#kritikal
#Mohd Roshdi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan