awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan meninggal dunia akibat sesak nafas dalam aktiviti pendakian di Tasik Banding

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2021
10:27 MYT
Wartawan meninggal dunia akibat sesak nafas dalam aktiviti pendakian di Tasik Banding
Allahyarham Zulkifly Ab Latif meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri akibat sesak nafas dalam aktiviti pendakian bukit di Pulau Tali Kail, Tasik Banding.
GERIK: Wartawan sambilan The New Straits Times Press (NSTP), Zulkifly Ab Latif meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri akibat sesak nafas dalam aktiviti pendakian bukit di Pulau Tali Kail, Tasik Banding dekat sini pada Khamis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan Allahyarham Zulkifly, 41, yang bertugas di Kuala Lumpur terlibat dalam Program Eksplorasi Ekopelancongan Sumber Asli KeTSA Bersama Media Ke Negeri Perak bermula pada 6 April dan berakhir hari ini.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.27 petang sebelum sepasukan anggota JBPM Gerik dikerahkan ke tempat kejadian bagi kerja-kerja penyelamat.
Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Sementara itu, KeTSA mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Zulkifly.
“Kementerian ini akan memberi bantuan yang bersesuaian dalam pengurusan jenazah,” kata KeTSA dalam kenyataan yang diedarkan.
Topic Berkaitan
#wartawan maut
#New Straits Times
#meninggal dunia
#sesak nafas
#Pulau Tali Kail
#tasik banding
#Perak
#Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
#ketsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan