Editor perunding akhbar The Sun, Zainon Ahmad, 70, meninggal dunia Rabu akibat kanser hati.
Menurut anak ketiganya, Zuhailawati, Allahyarham meninggal dunia pukul 2.25 petang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Beliau berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sakit dada ketika berada di rumahnya di Jalan Bayam di sini, pukul 1 pagi Selasa.
Pengarah HRPZII Datuk Dr Mohd Ghazali Hasni Mat Hassan mengesahkan Zainon meninggal dunia di Wad Rawatan Rapi Temenggung pukul 2.25 petang.
Berada di sisi Allahyarham ialah isterinya Hasnah Abdullah, 65, dan tiga anaknya.
Menurut Zuhailawati, jenazah bapanya akan dibawa ke rumah mereka di Jalan Bayam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol, Kota Baharu, Khamis.
Zuhailawati berkata bapanya sudah lama menghidap kanser hati dan penyakit berkenaan mula serius sejak Oktober lepas.
Beliau berkata sebelum ini bapanya menerima rawatan di sebuah pusat rawatan swasta di Subang Jaya, Selangor.
Zainon yang pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan 35 tahun dulu merupakan Penolong Editor Kumpulan akhbar The New Straits Times. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pengarang akhbar The Sun pada 2002.
Beliau yang sering diundang untuk berucap mengenai peranan media dalam persidangan tempatan dan antarabangsa juga aktif dalam pelbagai program latihan untuk wartawan muda di dalam dan luar negara.
Beliau pernah memenangi Media Personality Award pada 2010. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.
Beliau pernah belajar mengenai pengurusan akhbar di Thomson Foundation, London dan menjadi felo di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tuft University, Boston, Amerika Syarikat.
Bernama
Wed Mar 27 2013
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Pengantin wanita meninggal dunia pada hari perkahwinan
Allahyarham mula menunjukkan perubahan apabila dia memberitahu mula 'lemas' setelah disapa ramai tetamu.
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Jenazah Johan Abdullah selamat dikebumikan
Jenazah pelakon, Allahyarham Johan Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale di sini pada jam 11.05 pagi pada Ahad.
Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
Isterinya, Sarepah Meriam Aboo berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.
Bekas Ketua Pengarah Penyiaran meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Jaafar Kamin meninggal dunia pada usia 81 tahun di kediamannya di Seksyen 9, Kota Damansara petang tadi.
Serangan jantung mengejut, pelakon Korea Selatan Park Min-jae meninggal dunia
Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min-jae, 32, meninggal dunia akibat serangan jantung di China, Jumaat lalu.
Ibu pula menyusul 'pergi' selepas tiga hari anak meninggal dunia
Seorang ibu yang ditemukan tidak sedarkan diri bersama mayat anaknya di sebuah rumah di Kampung Gual To'Deh, di sini yang sedang dilanda banjir, meninggal dunia pada Selasa.
Hidap kanser tahap 4, isteri Cikgu Din meninggal dunia
Isteri kepada guru yang dikenali sebagai Cikgu Din yang menghidap barah tulang rawan tahap empat meninggal dunia, pada malam Isnin.
Peserta Maraton Standard Chartered Singapura meninggal dunia selepas tamatkan larian
Seorang peserta Maraton Standard Chartered Singapura meninggal dunia selepas menamatkan larian pada Ahad.