JOHOR BAHRU: Seorang wartawan berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Molek di sini pada malam Selasa.
Mangsa, Ernalisa Othman, 38, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9.45 malam semasa dia baru duduk di luar restoran berkenaan sebelum terlihat dua lelaki menunggang dan membonceng motosikal di hadapan premis berkenaan.
"Mereka kemudian meletakkan motosikal di depan restoran dan dapat dilihat gerak geri mereka dalam keadaan mencurigakan, tetapi saya tidak menyangkakan apa-apa.
"Namun apabila kedua-duanya berjalan menuju ke arah saya, saya sedikit panik.
"Mereka datang dari arah depan dengan memakai topi keledar dan 'mask' sebelum berdiri di sebelah saya. Ketika itu, saya baru mengeluarkan komputer riba atas meja untuk memulakan kerja.
"Mereka kemudian merampas beg berisi telefon bimbit dan komputer riba sebelum saya cuba menghalangnya, tetapi seorang daripada mereka mengacukan parang depan muka saya sambil berkata, 'nak bagi ke tak?'" katanya ketika dihubungi pemberita.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas dan semasa dua lelaki tersebut cuba melarikan beg dan komputer riba, telefon bimbit dalam beg berkenaan terjatuh atas lantai.
"Saya terus mengambil telefon bimbit, sebelum berlari masuk dalam restoran manakala dua lelaki berkenaan melarikan diri," katanya.
Ernalisa berkata, dia bersyukur kerana terselamat dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya pada jam 9.53 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Sohaimi Ishak ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut
"Kes dalam siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun menggunakan senjata parang. Usaha mengesan suspek masih dijalankan," kata beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 07 2024
Seorang wartawan disamun dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Molek pada malam Selasa. -Gambar hiasan
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Wartawan wanita disamun lelaki bersenjatakan parang
Ernalisa berkata, dia bersyukur kerana terselamat dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya pada jam 9.53 malam.
Pencemaran bahan kimia: Wakil Astro AWANI alami loya, pening dan muntah ketika buat liputan
Warga Astro AWANI didakwa mengalami loya, pening dan muntah ketika membuat liputan pencemaran sisa buangan bahan kimia di Pasir Gudang, Johor.