DENGKIL: Bimbang kemungkinan gelombang kedua banjir, penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tampoi Seberang di sini mengambil keputusan untuk tinggal sementara di dalam khemah yang didirikan di lokasi tinggi, tidak jauh dari kediaman mereka.
Kira-kira 20 keluarga Orang Asli kampung itu masih menetap di 21 khemah biarpun banjir yang melanda kampung berkenaan pada 18 Dis lepas telah surut sepenuhnya.
Seorang penduduk, Senja Jampo, 44, berkata meskipun kawasan itu telah memasuki fasa pascabanjir, penduduk masih trauma dan risau untuk tinggal di rumah masing-masing kerana risiko gelombang kedua banjir.
"Penduduk kampung sedia maklum mengenai kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir. Oleh itu, semua ambil keputusan untuk menetap sementara di khemah ini... ada yang trauma dan terkejut kerana rumah ditenggelami air.
"Khemah-khemah yang didirikan ini dibeli sendiri oleh penduduk serta disumbangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang datang memberikan bantuan di kampung ini," katanya kepada Bernama.
Menceritakan detik cemas ketika banjir melanda, beliau berkata lokasi penempatan sementara itu adalah satu-satunya kawasan yang tidak dinaiki air di kampung tersebut.
"Memang sejak banjir melanda kami tinggal di khemah ini. Banjir kali ini adalah paling teruk sejak 1971 dan semua rumah penduduk di kampung ini ditenggelami air," katanya.
Samsir Bindut, 36, berkata rata-rata penduduk telah melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah masing-masing dan buat masa ini, penduduk hanya akan masuk ke rumah untuk mandi namun akan tidur dan makan di khemah.
"Ini memang langkah berjaga-jaga memandangkan lokasi kampung berisiko dinaiki air kerana terletak berhampiran Sungai Langat," katanya.
Sementara itu, Ramli Ali, 35, berkata walaupun penduduk tidak tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS), mereka sentiasa menerima bantuan daripada NGO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
"Ada yang datang beri bekalan makanan dan penduduk bergotong-royong untuk menyediakan makanan kerana kami mempunyai segala peralatan memasak," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati pegawai Jakoa turut hadir ke lokasi tersebut untuk membantu penduduk terkesan banjir mengisi borang permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) serta bantuan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Waspada gelombang kedua banjir, penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tampoi Seberang di sini mengambil keputusan untuk tinggal sementara di dalam khemah yang didirikan di lokasi tinggi. - Bernama
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.