awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada sindiket tawar lantikan dalam perkhidmatan awam

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2023
01:10 MYT
Waspada sindiket tawar lantikan dalam perkhidmatan awam
SPA menerima aduan mengenai sindiket penyamaran sebagai ahli suruhanjaya dan pegawai pengurusan tertinggi SPA yang menawarkan perkhidmatan yang kononnya berbayar itu. (Gambar kecil: Tangkap layar kenyataan SPA pada Khamis.)
SHAH ALAM: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) meminta orang awam berwaspada dengan sindiket penyamaran yang menawarkan perkhidmatan berbayar untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
SPA menerusi kenyataan pada Khamis berkata, pihaknya menerima aduan mengenai sindiket penyamaran sebagai ahli suruhanjaya dan pegawai pengurusan tertinggi SPA yang menawarkan perkhidmatan yang kononnya berbayar itu.
"SPA menafikan telah menawarkan perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
"Sindiket penyamaran yang dikesan ini aktif dalam platform Telegram atau platform media sosial lain dengan menggunakan nama dan gambar ahli suruhanjaya atau pegawai pengurusan tertinggi SPA bagi memperdayakan mangsa," katanya.
SPA menjelaskan, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan telah membuat laporan polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang.
"SPA mengingatkan dan menasihatkan calon supaya berwaspada serta tidak terpedaya dengan jerat sindiket ini," ujarnya.
SPA menegaskan, permohonan pekerjaan boleh dibuat sepenuhnya melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dan tidak melibatkan campur tangan atau pengaruh mana-mana pihak.
Katanya, calon boleh terus memohon melalui SPA9 kerana tiada bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPA
#sindiket penyamaran
#perkhidmatan awam
#Sistem Pendaftaran Pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan