Bukit Baginda di Kampung Majau dekat sini secara tiba-tiba menjadi popular ekoran memiliki Wave Rock atau Batu Berombak yang cukup unik, yang merupakan daya tarikan baharu di daerah ini.
Mula dibuka kepada umum sejak dua bulan lepas, ia memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat sendiri keunikan batu berkenaan yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripadanya memiliki tekstur beralun seperti ombak.
Wave Rock yang terletak di puncak Bukit Baginda, iaitu 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan memiliki ketinggian 450 meter, telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 1,000 orang sejak ia dibuka 6 Okt lepas.
Anak jati kampung berkenaan Ramlan Ruspan, 52, berkata pendaki yang ingin melihat keunikan Wave Rock perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang baik.
"Batu ini jumpa dah lama dah tapi baru diviralkan oleh kawan saya Abdul Razak Hashim, 45. Setahu saya setakat ini Wave Rock ini tidak dijumpai lagi di mana-mana kawasan lain di negeri ini sebab batu ini pelik sikit, jalur dia senget. Ketinggian batu ini dianggarkan mencecah 20 meter," katanya kepada Bernama di sini.
Ramlan yang merupakan guru pendidikan jasmani di Sekolah St Aidan, Bahau berkata sebaik sahaja dibuka, beliau dan rakan sekampung yang kerap kali mendaki Bukit Baginda menawarkan diri menjadi jurupandu arah kepada mana-mana kumpulan atau individu yang ingin menjelajah kawasan bukit berkenaan.
"Setakat ini mereka yang telah datang ke sini selepas ia tular adalah daripada Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina. Dalam maklum balas, mereka amat teruja dan memuji kecantikan hutan Bukit Baginda dan juga Wave Rock," katanya.
Selain Wave Rock, Bukit Baginda juga memiliki empat buah gua yang masih belum diterokai mana-mana pihak setakat ini, kata Ramlan.
"Hanya baru-baru ini sekumpulan pengkaji daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor telah datang meninjau keadaan gua berkenaan," katanya sambil menambah kawasan itu yang belum diteroka sepenuhnya perlulah diwarta sebagai kawasan pelancongan dan kawasan aktiviti penyelidikan khasnya penyelidikan dan pembangunan daripada kerajaan negeri.
Para pendaki yang berminat mendaki dan melihat sendiri Wave Rock akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM11 iaitu RM5 daripadanya adalah permit hutan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
"Permit wajib dibayar pada Sabtu dan Ahad kepada pegawai perhutanan yang berada di situ manakala Isnin hingga Jumaat, bayaran permit boleh dibayar di Pejabat Hutan Kuala Pilah. Bayaran RM6 untuk masuk ke Bukit Baginda dikutip oleh Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK)," katanya.
Selain Wave Rock yang dianggarkan sebesar kira-kira 40m x 20m ukur lilitnya, daerah ini juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai 'Batu Hidup' daripada 300 tapak batu megalit di Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 14 2018

Ramlan bergambar berlatarkan 'Wave Rock' yang terletak di puncak Bukit Baginda, Batu Kikir, dekat Kuala Pilah. --fotoBERNAMA
Muhamamd Syafiq-Tze Liang sumbang gangsa kedua kem terjun
Kem terjun negara menambah koleksi pingat gangsa menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini, malam ini.
[TERKINI] Muhammad Azeem raih pingat gangsa dalam 100m lelaki
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi meraih pingat gangsa dalam acara 100m di Sukan Asia 2022 selepas melakukan catatan 10.11 saat. Tempat pertama merupakan pelari China Xie Zhenye manakala Perak atlet Thailand, Boonson Puripol.
Tumpuan Ahad - 1 Oktober 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (30 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aspek kebudayaan pupuk semangat perpaduan, tarik pelancong antarabangsa - Tiong
Aspek kebudayaan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, selain menarik minat pelancong untuk datang ke negara ini.

Kereta api wap antik terbabit dalam nahas di Scotland
Lokomotif wap Flying Scotsman terbabit dalam nahas selepas bertembung dengan satu lagi kereta api di Stesen Kereta Api Aviemore, di Cairngorms, Scotland.

Badan pemerhati AS saman Tesla atas dakwaan perkauman
Suruhanjaya Equal Employment Opportunity (EEOC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Tesla atas dakwaan perkauman terhadap pekerja kulit hitam di kilang pemasangan di California.

Dua wanita maut dalam nahas berasingan di Perak
Dua wanita maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Bukit Gantang Kampung Sungai Jerai, Taping dan Jalan Parit 7 Sungai Manik, Teluk Intan hari ini.

Pemerkasaan seni dan budaya perlu untuk Kebangkitan Asia - PM Anwar
Anwar menyifatkan Malaysia sebagai bertuah dan unik apabila mampu mempamerkan kepelbagaian seni dan budaya sebagai simbol kekuatan negara.

Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.

'Wave Rock' daya tarikan baharu Kuala Pilah
Ia memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat sendiri keunikan batu berkenaan yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripadanya memiliki tekstur beralun seperti ombak.