KUALA LUMPUR: Jurang ketidaksamaan siber yang ketara dan kemunculan teknologi pesat membangun seperti kecerdasan buatan (AI), merupakan risiko utama keselamatan siber pada tahun hadapan, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Laporan Global Cybersecurity Outlook 2024 yang diterbitkan oleh WEF pada Khamis dengan itu menggesa kerjasama bersepadu merentas sempadan dan industri bagi memerangi ancaman yang saling berkaitan serta membina persekitaran yang berdaya tahan, memandangkan landskap ancaman siber yang semakin kompleks.
"Seiring dengan perkembangan dunia siber, ditambah dengan teknologi pesat membangun dan peralihan geopolitik serta ekonomi, begitu juga cabaran yang mengancam dunia digital kita.
"Tindakan yang diselaraskan oleh pihak berkepentingan awam-swasta adalah perlu jika kita ingin menangani ancaman yang kompleks dan sentiasa berkembang ini secara kolektif dan membina masa depan digital yang selamat untuk semua," kata Pengarah Urusan WEF Jeremy Jurgens.
Menurut laporan itu, jurang yang semakin ketara antara organisasi yang berdaya tahan dalam teknologi siber dan mereka yang sedang bergelut, telah muncul sebagai risiko utama untuk 2024, dengan bilangan organisasi yang mengekalkan daya tahan siber pada tahap minimum turun 30 peratus berbanding tahun lepas.
Berbanding organisasi besar yang menunjukkan peningkatan ketara mereka dalam daya tahan siber, perusahaan syarikat kecil dan sederhana pula menunjukkan penurunan yang ketara, katanya.
"Ketidaksamaan yang semakin ketara ini didorong oleh trend makroekonomi, peraturan dalam industri, dan, yang penting, penerapan awal teknologi canggih oleh sesetengah organisasi," katanya.
Laporan itu turut menyatakan kekurangan tenaga kerja yang menguasai kemahiran dalam teknologi siber terus menunjukkan kadar yang membimbangkan.
"Hanya 15 peratus daripada organisasi optimis terhadap peningkatan kemahiran siber dan pendidikan dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya.
Laporan itu juga menekankan bahawa untuk teknologi pesat membangun, kurang daripada satu daripada 10 responden percaya bahawa teknologi janaan AI akan memberi kelebihan kepada mangsa berbanding penyerang dalam tempoh dua tahun akan datang.
Kira-kira separuh daripada pakar keselamatan siber pula bersetuju bahawa teknologi janaan AI akan memberi impak ketara terhadap keselamatan siber dalam tempoh dua tahun akan datang, kata laporan itu.
"Peningkatannya (ancaman) mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar berikutan cabaran yang semakin teruk, dengan kira-kira separuh daripada eksekutif mengatakan bahawa kemajuan yang didorong oleh AI, yang mengupayakan jenayah siber (pancingan data, perisian hasad, video yang dimanipulasi) merupakan kesan AI yang paling membimbangkan pada keselamatan siber," kata laporan itu.
WEF melakukan kaji selidik terhadap 204 peserta dari 49 negara, dengan 199 peserta yang layak terlibat sepenuhnya dalam tinjauan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Kira-kira separuh daripada pakar keselamatan siber bersetuju bahawa teknologi janaan AI akan memberi impak ketara terhadap keselamatan siber dalam tempoh dua tahun akan datang. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Keselamatan data PADU terjamin, beroperasi 84 hari tanpa gangguan - Mohd Uzir
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah terbukti mempunyai standard keselamatan data yang baik selepas beroperasi selama hampir 100 hari tanpa gangguan.
Keselamatan, kerahsiaan maklumat PADU terjamin daripada kebocoran
Jika berlaku perkara tidak diingini, PADU melalui pasukan CSIRT bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.
NACSA kesan peningkatan insiden keselamatan siber
Pelaku menyasarkan laman sesawang, sistem dalam talian, rangkaian dan aplikasi milik organisasi swasta serta kerajaan di Malaysia.