awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF2023: 'Kejayaan pelaburan bukan saja pada nilai, tapi impak kepada masyarakat'

Israr Khalid
Israr Khalid
19/01/2023
03:30 MYT
WEF2023: 'Kejayaan pelaburan bukan saja pada nilai, tapi impak kepada masyarakat'
Impak pelaburan kepada rakyat adalah perkara termustahak dan usaha perlu ditujukan ke arah itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kita harus mengubah pemikiran daripada terlalu menumpukan terhadap perolehan nilai pelaburan kepada bagaimana ia patut diterjemahkan menjadi manfaat yang dapat dinikmati oleh masyarakat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa impak pelaburan kepada rakyat adalah perkara termustahak dan usaha perlu ditujukan ke arah itu.
Impak yang dimaksudkan adalah berkenaan jumlah peluang pekerjaan yang dicipta dan kadar gaji yang diberikan yang menjadi faktor utama dalam mengukur kesejahteraan masyarakat.
“Apakah juga impaknya (pelaburan) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita dan kepada masyarakat di sekitarnya.
“Kita selalu bercakap tentang nilai pelaburan tapi berapakah nilai yang telah direalisasikan - contohnya daripada nilai RM1 yang dilabur, berapa banyak pekerjaan yang dicipta dan pembangunan ekonomi rakyat,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Justeru katanya perlu ada pemantauan menerusi laporan mengenai impak pelaburan kepada masyarakat dan ianya perlu didasari prinsip ketelusan dan ketulusan.
WEF2023: Kejayaan pelaburan bukan saja pada nilai, tapi impaknya kepada masyarakat - Tengku Zafrul
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#WEF2023
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#pelaburan
#Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan