GADGETS
WhatsApp aktifkan sokongan navigasi bahagian bawah untuk semua pengguna Android

Selepas sekian lama menggunakan navigasi dan menu di bahagian atas aplikasi, melalui kemas kini baharu ini, ia mengubah bahagian navigasi ke bahagian bawah. -Amanz
WHATSAPP kini membawakan sedikit perubahan pada antara muka aplikasi berkenaan di Android.
Selepas sekian lama menggunakan navigasi dan menu di bahagian atas aplikasi, melalui kemas kini baharu ini, ia mengubah bahagian navigasi ke bahagian bawah.
Selari dengannya juga, WhatsApp kini menggunakan lebih banyak warna putih berbanding sebelum ini.
Menu akses pantas ke WhatsApp Communities juga lebih jelas dipaparkan berbanding sebelum ini.WhatsApp sebelum ini telah mula memperkenalkan kemas kini antara muka ini secara berperingkat kepada pengguna Android – dan dengan pengumuman terbaru ini, antara muka ini diaktifkan kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.
Bagi anda sendiri, adakah anda lebih mengemari antara muka yang lama atau yang baharu ini? -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami