awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp bangunkan ciri ‘Cover Photo’ seakan Facebook untuk iOS

Amanz
Amanz
13/01/2026
03:30 MYT
WhatsApp bangunkan ciri ‘Cover Photo’ seakan Facebook untuk iOS
WhatsApp akan memperkenalkan fungsi latar belakang akaun yang membenarkan pengguna menambah gambar sebagai latar belakang, menyerupai konsep fungsi 'cover photo' di Facebook. -Foto Amanz
BAGI mereka yang biasa dengan fungsi ‘cover photo’ di Facebook, pastinya memahami apa yang cuba ditawarkan oleh WhatsApp.

Ringkasan AI
  • WhatsApp akan memperkenalkan fungsi latar belakang akaun yang membenarkan pengguna menambah gambar sebagai latar belakang, menyerupai konsep fungsi 'cover photo' di Facebook.
  • Susun atur imej latar belakang akan ditempatkan di bahagian atas profil pengguna, seiring dengan reka bentuk profil akaun perniagaan WhatsApp Business.
  • Pengguna dapat memilih imej daripada pustaka foto, menukar kedudukan atau imej pada bila-bila masa, serta imej akan dipaparkan ketika melihat profil kenalan atau tetapan akaun peribadi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam kemas kini mendatang, WhatsApp akan membenarkan pengguna menambah gambar sebagai latar belakang akaun masing-masing, dengan konsep sama seperti fungsi pada akaun Facebook.
Seperti yang diperlihatkan, susun atur menunjukkan imej tersebut akan ditempatkan di bahagian atas profil sedia ada.
Pendekatan ini selari dengan reka bentuk yang digunakan untuk profil akaun perniagaan (WhatsApp Business) dan kelak ditawarkan bagi kegunaan akaun peribadi.
Proses pemilihan imej dijangka lebih mudah kerana ia diintegrasikan ke dalam menu suntingan profil.
Pengguna boleh memilih imej daripada pustaka foto sama seperti di WhatsApp Business, serta mengubah kedudukan atau menukar imej pada bila-bila masa.
Imej juga akan kekal dipaparkan sama ada ketika melihat profil kenalan atau mengakses tetapan akaun peribadi.
Ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan apabila dilancarkan, ia akan membolehkan semua pengguna mencuba fungsi ini tanpa mengira jenis akaun yang digunakan. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah fungsi baru yang akan ditawarkan oleh WhatsApp dalam kemas kini mendatang? A: WhatsApp akan membenarkan pengguna menambah gambar sebagai latar belakang akaun masing-masing, mirip dengan fungsi 'cover photo' di Facebook.
  • Q: Bagaimana susun atur imej latar belakang akan dipaparkan dalam profil pengguna WhatsApp? A: Imej latar belakang akan ditempatkan di bahagian atas profil sedia ada, sejajar dengan reka bentuk yang digunakan untuk profil akaun perniagaan (WhatsApp Business).
  • Q: Bagaimana proses pemilihan imej latar belakang akan dilakukan oleh pengguna WhatsApp? A: Pengguna boleh memilih imej daripada pustaka foto, mengubah kedudukan atau menukar imej pada bila-bila masa melalui menu suntingan profil yang diintegrasikan dengan mudah.
  • Q: Adakah ciri ini hanya terhad kepada akaun bisnes sahaja? A: Tidak, ciri ini akan ditawarkan kepada pengguna WhatsApp tanpa mengira jenis akaun yang digunakan, sama ada akaun peribadi atau perniagaan.
  • Q: Adakah imej latar belakang akan dipaparkan kepada kenalan ketika melihat profil pengguna? A: Ya, imej latar belakang akan kekal dipaparkan sama ada ketika melihat profil kenalan atau mengakses tetapan akaun peribadi.

Topic Berkaitan
#WhatsApp
#fungsi latar belakang akaun
#cover photo
#WhatsApp Business
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan