awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp menguji ciri profil alternatif

Amanz
Amanz
01/11/2023
08:40 MYT
WhatsApp menguji ciri profil alternatif
WABetaInfo melaporkan yang WhatsApp kini sedang menguji ciri Alternate profile. Ciri ini dilihat diuji pada aplikasi WhatsApp untuk Android. - Gambar fail
APLIKASI WhatsApp sedia menambah baik aplikasi mereka agar pengguna kekal setia pada platform pemesejan milik Meta ini.
Minggu lepas, ciri menghantar mesej suara yang menghilang selepas sekali dengar diperkenalkan. Kemudian sokongan Passkey untuk log masuk tanpa kata laluan turut diedarkan kepada pengguna Android.
Baru-baru ini, WABetaInfo melaporkan yang WhatsApp kini sedang menguji ciri Alternate profile. Ciri ini dilihat diuji pada aplikasi WhatsApp untuk Android.
Apabila pengguna menetapkan privasi profil seperti hanya kenalan yang boleh melihat gambar profil, profil alternatif ini akan dipaparkan kepada pengguna WhatsApp lain.
WhatsApp dilihat membenarkan pengguna menggunakan gambar profil dan nama pengguna yang lain.
Ciri profil alternatif ini adalah satu ciri privasi yang baik kerana pengguna kini mempunyai lebih kawalan terhadap maklumat yang ingin dikongsi.
Jika kelak ciri ini diintegrasikan kepada kumpulan WhatsApp, ia boleh menjadi profil yang awanama di dalam kumpulan yang penuh dengan individu yang tidak dikenali.
Topic Berkaitan
#Aplikasi WhatsApp
#WaBetaInfo
#pengguna Android
#gambar profil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan