GADGETS
WhatsApp perkenal ciri baharu untuk sembang, kumpulan, panggilan dan saluran

Pengguna kini boleh mencipta acara dalam perbualan individu, menambah RSVP, jemputan teman, dan menetapkan tarikh tamat acara untuk tempoh lebih lama. -Amanz
WHATSAPP telah melancarkan pelbagai ciri baharu dan kemas kini menarik untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Ringkasan AI
- WhatsApp memperkenalkan ciri baharu untuk memudahkan komunikasi dalam perbualan, panggilan, dan saluran, termasuk penunjuk ahli kumpulan yang sedang dalam talian dan pemberitahuan sorotan dalam kumpulan.
- Pengguna kini boleh mencipta acara dalam perbualan individu, menambah RSVP, jemputan teman, dan menetapkan tarikh tamat acara untuk tempoh lebih lama.
- Admin saluran boleh merakam dan berkongsi video pendek, membaca transkrip mesej suara, dan menggunakan kod QR untuk memudahkan pengguna lain menyertai saluran.
Selain itu, sokongan sorotan (Highlight notifications in groups) membolehkan pengguna menyesuaikan pemberitahuan dalam kumpulan dengan memilih untuk menerima hanya sebutan, balasan, dan mesej daripada kenalan yang disimpan, atau mendapatkan semua pemberitahuan.
Kemas kini baharu ini turut membolehkan pengguna mencipta acara (Events updates) dalam tetingkap perbualan individu, selain daripada secara berkumpulan seperti sebelum ini.
Ciri acara ini membolehkan RSVP ditambah sebagai ‘mungkin’, jemputan untuk seorang teman (plus one), penetapan tarikh tamat acara untuk tempoh lebih lama, dan memastikan acara kekal dipin untuk akses yang lebih mudah.
Ciri baharu untuk reaksi pula membolehkan pengguna memberi reaksi (Tappable reactions) dengan hanya mengetik reaksi yang diinginkan.
Pengguna iPhone juga kini mendapat akses untuk mengimbas dokumen terus daripada aplikasi (Document scanning on iPhone) melalui pilihan imbas dokumen dalam ruangan lampiran.
Untuk panggilan video, pengguna iPhone boleh mengezum pandangan ketika dalam panggilan menggunakan gerakan jari.
Lebih menarik lagi, panggilan 1:1 kini membolehkan pengguna menambah individu lain secara langsung daripada perbualan (Add to call from a chat) dengan mengetik ikon panggilan dan memilih ‘tambah ke panggilan’.
Teknologi baharu yang diperkenalkan turut membantu meningkatkan kualiti panggilan video secara automatik, di mana kualiti video boleh ditingkatkan kepada HD untuk pengalaman yang lebih memuaskan.
Admin saluran kini boleh merakam dan berkongsi video pendek sehingga 60 saat (Video notes for Channels) secara langsung dengan pengikut masing-masing.
Pengguna juga boleh membaca transkrip mesej suara yang dikongsikan melalui Channels (Voice message transcripts on Channels) yang berguna ketika mereka tidak dapat mendengar mesej dengan jelas.
Akhir sekali, admin Channel boleh menggunakan kod QR (QR codes) unik bagi memudahkan pengguna lain menyertai saluran. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami