awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp uji ciri gambar profil, ikon kumpulan berasaskan AI

Amanz
Amanz
19/05/2025
06:30 MYT
WhatsApp uji ciri gambar profil, ikon kumpulan berasaskan AI
WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjana gambar profil dan ikon kumpulan menggunakan AI berdasarkan penerangan teks. -Gambar fail/Reuters
WHATSAPP kini menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjana gambar profil dan ikon kumpulan (group) berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang kini tersedia kepada sebilangan pengguna beta.

Ringkasan AI
  • WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjana gambar profil dan ikon kumpulan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berdasarkan penerangan teks (prompt).
  • Pengguna boleh mencipta imej unik tanpa memerlukan gambar sebenar, hanya dengan memasukkan penerangan melalui pilihan "Create AI Image" dalam tetapan atau halaman maklumat kumpulan.
  • Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada pengguna beta iOS dengan versi WhatsApp terkini dan akan diperluas secara berperingkat.

Ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan imej dengan hanya memasukkan penerangan atau prompt tertentu yang boleh menggambarkan imej yang mereka inginkan.
Berbeza dengan pilihan gambar profil biasa, ciri berkenaan tidak memerlukan gambar sedia ada sebaliknya ia menjana imej khas berdasarkan keterangan prompt yang diberikan oleh pengguna.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka tetapan aplikasi, dan memilih Create AI Image yang membolehkan mereka mencipta ilustrasi unik tanpa menggunakan gambar sebenar.
Bagi mencipta ikon kumpulan pula, pengguna perlu membuka halaman maklumat kumpulan, pilih ubah ikon kumpulan, dan masukkan penerangan tema atau konsep yang diinginkan.
Sistem Meta AI akan menjana imej khas berdasarkan penerangan tersebut.
Buat masa ini, ia hanya tersedia dalam kalangan pengguna beta iOS dengan versi WhatsApp terkini. Ia dijangka tiba secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna dalam masa akan datang. -Amanz
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#jana gambar profil dan ikon kumpulan
#WhatsApp
#cipta imej unik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan