KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sedang berusaha memanfaatkan potensi industri kenderaan rekreasi (RV) yang semakin berkembang di rantau ini.
Timbalan Ketua Setiausaha MITI Datuk Seri Norazman Ayob berkata, kementeriannya bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan ECERDC untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, seperti industri RV, ke Malaysia.
Katanya, pengembangan industri RV secara keseluruhannya berpotensi membawa masuk pelaburan bernilai berbilion ringgit dan MITI berharap dapat menarik pelaburan industri tersebut di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan seluruh negara.
"Ia menunjukkan bahawa langkah itu akan berlaku seawal separuh pertama tahun 2023 dan Pahang mungkin menjadi hab untuk RV buatan tempatan (CKD)," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika hadir pada upacara penyerahan Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) yang berlangsung di Menara MITI 7 di sini.
Menurut Norazman, pihaknya berterima kasih kepada pelabur dari Jerman kerana memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan ideal untuk menubuhkan industri RV.
"Ia adalah usaha kami untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan terutamanya untuk pelabur Jerman seperti Knaus Tabbert AG dan membantu menjadikan Malaysia sebagai hab RV untuk pasaran ASEAN dan Asia Pasifik," katanya.
Seperti industri lain, tambahnya, pertumbuhan industri RV akan merangsang ekonomi tempatan melalui kesan limpahannya.
Ini bukan sahaja akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan, malah dapat membantu ekonomi serantau untuk berkembang, kata Norazman.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck berkata, syarikat itu berharap dapat bekerjasama dengan ECERDC untuk menubuhkan kemudahan pembuatan RV di rantau ECER.
"Permintaan untuk industri RV menunjukkan peningkatan yang ketara di peringkat global.
"Pasaran ini diunjurkan berkembang menjadi industri berpotensi berbilion dolar di Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
"Malaysia, yang mempunyai FTA dengan China, Jepun, Korea, India, Australia dan New Zealand mempunyai potensi besar untuk menjadi hab karavan bagi rantau Asia Pasifik," katanya.
Menurut Wolfgang, industri RV masih di peringkat awal di Malaysia berbanding Australia, di mana ia dianggarkan bernilai AS$11 bilion dolar untuk negara dengan 26 juta penduduk itu.
“Kami juga berharap dapat bekerjasama dengan syarikat Malaysia bagi peluang mengedar dan membuka lebih banyak taman RV di negara ini, bagi menggalakkan rakyat Malaysia menerima gaya hidup baharu ini sambil memanfaatkan sepenuhnya landskap indah negara," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya komited membantu ECERDC dan pelabur automotif dalam tadbir urus dan pentadbiran industri RV secara sistematik, boleh dipercayai dan inovatif.
"Ini bagi memastikan keselamatan industri dan mengurangkan risiko kemalangan manakala pada masa yang sama, memacu industri berkualiti tinggi dengan mengutamakan keselamatan.
"Kerajaan melalui MITI dan ECERDC mengambil inisiatif untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Industri kenderaan RV yang membincangkan dan mengambil inisiatif untuk meningkatkan dan memperkasakan penggunaan RV, serta infrastruktur sokongannya, di seluruh Malaysia," ujarnya
Fahmi Izuddin
Wed Nov 30 2022
Norazman (tiga, kanan) ketika hadir pada upacara penyerahan sijil VTA di bangunan Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 7, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ihsan JPJ
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Wilayah Pantai Timur bakal jadi hub industri kenderaan RV
Kementeriannya bekerjasama dengan MIDA dan ECERDC untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi seperti industri RV ke Malaysia.