KUALA LUMPUR: Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi pembayar zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu RM7, RM15 dan RM 22 seorang seperti dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata penetapan kadar zakat fitrah pada kadar RM7 adalah berdasarkan kepada satu gantang Baghdad atau bersamaan harga bagi 2.6 kilogram beras yang digunakan oleh masyarakat di Wilayah Persekutuan.
"Dua lagi kadar fitrah RM15 seorang bagi pengguna beras import premium dan RM22 seorang bagi pengguna beras basmathi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini.
Di TERENGGANU, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata kadar zakat fitrah ditetapkan antara RM10 hingga RM22 seorang mengikut gred dan jenis beras yang dimakan.
Di PULAU PINANG, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM14 dan RM21.
"Bagi yang menggunakan beras import beras rebus, beras siam, beras putih import, beras perang dan seumpamanya atau setara (kadar zakat fitrah adalah) sebanyak RM14 dan mereka yang menggunakan beras wangi, beras pulut, basmati, beras herba ponni, beras calrose atau seumpama atau setara, sebanyak RM21," katanya.
Di SABAH, kadar zakat fitrah ditetapkan sebanyak RM7.50 untuk setiap umat Islam di negeri itu, yang ditetapkan berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri itu.
Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Yahya Hussin berkata seramai 2,200 wakil amil dilantik untuk mengutip serta menyelaras zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Fahmi kesal tindakan ugut terhadap Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh beserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.
Kadar zakat fitrah di Kedah bermula RM7 hingga RM22
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui perkenan Sultan Kedah, Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 2024.
P. Pinang tetapkan tiga kadar zakat fitrah
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM13 dan RM20 di negeri itu tahun ini.
Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7
Kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seorang tahun ini, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Kadar zakat fitrah di Selangor ditetapkan RM7 seorang
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini kekal RM7 seorang berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras jenis Super Tempatan Gred A yang lazim digunakan masyarakat di negeri ini.
Terlupa kadar zakat fitrah? Ini maklumat bayaran zakat fitrah seluruh negara
akat fitrah mestilah ditunaikan sebelum dari selesai solat sunat Aidilfitri.
Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.
Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
Kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.