awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar zakat fitrah di Selangor ditetapkan RM7 seorang

Bernama
Bernama
28/03/2022
09:56 MYT
Kadar zakat fitrah di Selangor ditetapkan RM7 seorang
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya turut menggalakkan golongan yang berkemampuan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.
SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini kekal RM7 seorang berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras jenis Super Tempatan Gred A yang lazim digunakan masyarakat di negeri ini.
Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Muhd Fikri Naim Harun dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya turut menggalakkan golongan yang berkemampuan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.
"Kadar zakat fitrah tersebut adalah RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21 seorang bagi individu yang memakan beras basmati/beras Jepun/beras merah," katanya.
Beliau berkata galakan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan telah dilaksanakan oleh LZS sejak 2018 lagi.
Menurutnya bagi memudahkan umat Islam di negeri itu menunaikan bukan sahaja zakat fitrah malahan zakat harta pada bulan Ramadan, LZS telah menyediakan pelbagai platform seperti EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my, aplikasi Zakat Selangor, perbankan internet, portal MyEg dan Pos Online serta aplikasi e-dompet iaitu GoPayz dan Boost.
Muhd Fikri Naim berkata LZS turut melantik 2,745 ketua dan penolong amil di seluruh Selangor untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini, dan masyarakat Islam dinasihatkan agar membayar zakat fitrah hanya kepada amil dilantik oleh LZS yang dibekalkan kad tauliah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar zakat fitrah
#Ramadan
#Selangor
#harga beras
#Super Tempatan Gred A
#Lembaga Zakat Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan