Cincin sememangnya satu item penting ketika majlis perkahwinan. Tidak kira bangsa mahupun budaya cincin pasti menjadi satu lambang dikatakan kasih mesra sesebuah pasangan. Tahukah anda, bentuk cincin juga miliki makna tersendiri dalam melambangkan personaliti seseorang?
Motif flora
Pasti ramai gadis yang gemar dengan motif flora. Gaya ini begitu sinonim dengan peribadi seorang gadis. Masakan tidak, bunga juga merupakan lambang kasih cinta suci. Personaliti gadis yang gemar motif flora ini mencerminkan sifat penyayang. Mereka juga bersifat sensitif dan mudah tersentuh dengan gurauan yang melampau. Malah apa yang paling penting adalah ia mampu menyerlahkan aura "ratu"
Berlian besar
Berlian adalah penyeri kepada cincin tanpa kilauannya, tiada seri buat sebentuk cincin itu. Begitulah perumpamaan bagi personaliti mereka yang memiliki cincin berlian besar. Cukup menyerlah dengan kilauannya. Jika mengenali dengan lebih dekat personalitinya cukup berani dan berpendirian teguh. Bersifat terbuka dan suka dengan memberi idea yang baru daripada pelbagai aspek dan kadang kala miliki sifat kedekut untuk berkongsi hak miliknya sendiri.
Kerawang indah
Seleksi sesebuah cincin yang cantik juga boleh dilihat daripada ukiran serta lenturan kerawang indah yang terbentuk di cincin. Setiap pergerakan yang timbul sememangnya memberi seribu makna. Boleh dikatakan golongan yang gemar cincin motif kerawang ini adalah mereka yang menggemari “seni”. Cita rasa yang luar biasa dan suka dengan cabaran dalam hidup. Kadang kala, lebih suka bersendiri dan miliki satu sifat ikonik yang tinggi
Berlian kecil
Boleh dikatakan ramai juga wanita menggunakan cincin berlian kecil. “less is more” kebanyakan daripada mereka ini gemar mencari teman baru. “berkawan biar seribu, bercinta biar satu”. Pepatah itu paling sesuai untuk mereka dalam golongan ini. Bersifat ceria dan sentiasa positif. Malah memiliki satu sifat yang mudah dipercayai. Tetapi awas! Jika sekali membuat onar kepada golongan ini pasti akan dibenci sampai bila-bila.