awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Windows 10, sistem operasi terbaru daripada Microsoft

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
01/10/2014
13:39 MYT
Windows 10, sistem operasi terbaru daripada Microsoft
Jika sebelum ini butang Start Menu telah dikeluarkan pada Windows 8, kini ia kembali pada Windows 10. -AFP Relaxnews
Microsoft perkenalkan Windows 10, sistem operasi terbaru selepas Windows 8.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Microsoft Bahagian Sistem Operasi, Terry Myerson, disebabkan sistem operasi baru ini adalah lonjakan besar selepas pengenalan Windows 8, nama Windows 10 dipilih berbanding Windows 9.
Yang menarik mengenai Windows 10 ini adalah ia bakal hadir di semua platform termasuk komputer peribadi, tablet, dan telefon pintar.
Jika sebelum ini butang Start Menu telah dikeluarkan pada Windows 8, kini ia kembali pada Windows 10.
Selain itu, tiles pada antara mukanya juga boleh diubah saiz sama seperti Windows 8 pada komputer peribadi dan tablet.
Ia turut dilengkapi dengan gabungan reka bentuk aero Windows 7 pada desktop dan antara muka moden pada Windows 8.
Windows 10 dijangka bakal diperkenalkan kepada umum secara rasmi pada 2015.
Walaubagaimanapun, Microsoft akan membenarkan pengguna beta untuk merasai pengalaman menggunakan penguji sistem operasi terbaru itu yang dikenali sebagai "program windows insider" bermula esok.
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Terry Myerson
#win
#Windows 10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan