Skip to main content

Malaysia

Piala Srikandi Merdeka: Malaysia benam Jordan 4-0, akhiri saingan di tempat ketiga

Skuad wanita Malaysia menutup kempen Piala Srikandi Merdeka 2026 dengan bergaya apabila membelasah Jordan 4-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini._Stadium ASTRO
Malaysia menamatkan saingan Srikandi Merdeka Cup 2026 di tempat ketiga.
Advertisement

SKUAD wanita bawah 17 tahun (B-17) Malaysia menutup kempen Piala Srikandi Merdeka 2026 dengan bergaya apabila membelasah Jordan 4-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit pertama selepas Eman Muhannad tertampan masuk bola ke gawang sendiri untuk memberikan kelebihan awal.

Kelebihan itu kemudian digandakan menerusi Lim You pada minit ke-39, sekali gus membolehkan Malaysia menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan 2-0.

Memasuki babak kedua, Malaysia terus menguasai permainan dan memperoleh gol ketiga menerusi Keisha Adeliena pada minit ke-50 selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Jordan yang cuba merapatkan jurang terus berdepan kesukaran mengekang asakan tuan rumah sebelum Isabella O’Luanaigh melengkapkan kemenangan besar Malaysia dengan jaringan pada masa kecederaan, minit ke-90+4.

Kemenangan 4-0 itu memastikan Malaysia menamatkan saingan Srikandi Merdeka Cup 2026 di tempat ketiga, selain menutup kejohanan dengan persembahan meyakinkan di hadapan penyokong sendiri. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement