KUALA LUMPUR: Kementerian Luar sedang menghulurkan bantuan untuk membawa turun jasad Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub yang meninggal dunia pada Jumaat semasa dalam Misi Malaysia Everest 2023.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menghulurkan bantuan membawa turun jasad Awang Askandar dari Gunung Everest ke hospital di Kathmandu bagi tujuan bedah siasat dan pengurusan jenazah.
Menurut kenyataan itu, kementerian tersebut juga mengesahkan Awang Askandar meninggal dunia Jumaat pada usia 56 tahun semasa dalam Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023).
"Kementerian Luar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin," menurut kenyataan itu.
Ekspedisi tersebut disertai oleh beliau bersama dengan tiga orang pendaki dan seorang pasukan sokongan.
Kementerian Luar juga mengesahkan kehilangan Muhammad Hawari Hashim, 33, salah seorang peserta ekspedisi itu yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran.
"Beliau dipercayai telah berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan telah bergerak turun selepas itu namun masih belum dapat dikesan sehingga kini.
Wakil Kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang sedang giat menjalankan usaha pencarian mangsa di sekitar kawasan tersebut," katanya.
Sebarang perkembangan terkini misi pencarian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud, memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu bermula 2 April sehingga 2 Jun, dengan mendapat sokongan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Misi itu turut mempromosi perpaduan dan membina bangsa Malaysia melalui kepelbagaian bangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Awang Askandar meninggal dunia Jumaat pada usia 56 tahun semasa dalam Misi Malaysia Everest 2023. - Gambar fail BERNAMA
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Konflik Iran-Israel: Tiada keperluan mendesak bawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Lubnan dan Jordan
Wisma Putra sentiasa memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di tiga negara terbabit, dan tindakan membawa mereka kembali ke tanah air hanya akan dibuat jika mendapat arahan MKN.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
Situasi di Asia Barat stabil, tiada keperluan pindah rakyat Malaysia - KLN
Situasi semasa di Asia Barat kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati, kata Kementerian Luar hari ini.
Keluarga pelajar Sabah di Asia Barat diminta bertenang
Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang memantau keadaan itu di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi tersebut.
Malaysia kutuk serangan kejam Israel ke atas sukarelawan Ops Ihsan di Rafah
Malaysia dengan tegas mengutuk serangan kejam yang dilakukan oleh Tentera Rejim Israel (IOF) terhadap konvoi bantuan kemanusiaan di Rafah pada Jumaat.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Malaysia alu-alukan seruan Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya hentikan jualan senjata ke Israel
Wisma Putra menyeru semua negara supaya memastikan Israel memenuhi obligasinya di bawah undang-undang antarabangsa.
Gempa bumi 4.8 magnitud melanda bandaraya New York dan kawasan sekitar
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Malaysia di New York, mengesahkan satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey.
Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi, Rabu, menurut Kementerian Luar Malaysia.