Kerajaan Malaysia melahirkan rasa kebimbangan berikutan insiden penahanan rakyat Malaysia sebagai tebusan di Amenas, Selatan Algeria. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Kementerian Luar Negeri telah dimaklumkan bahawa dua orang rakyat Malaysia bersama-sama beberapa rakyat negara lain yang bekerja di kompleks kemudahan gas tersebut telah ditahan sebagai tebusan pada hari Rabu, 16 Januari 2013.
Kementerian Luar Negeri telah berhubung dengan ahli keluarga tebusan Malaysia serta pejabat cawangan syarikat di mana mereka berkerja yang berpangkalan di Singapura. Pada masa yang sama, Kedutaan Besar Malaysia di Algiers telah meminta bantuan Kementerian Luar Negeri Algeria untuk mengesahkan samada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat dalam insiden ini serta memohon bantuan untuk memastikan keselamatan serta pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan. Dalam hubungan ini, Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Sri Anifah Haji Aman juga telah berhubung dengan rakan sejawatan beliau di Algiers, TYT Mourad Medelci.
Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik dalam usaha untuk memastikan rakyat Malaysia yang ditahan di Selatan Algeria dibebaskan dengan selamat.
Astro Awani
Thu Jan 17 2013
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Sekolah Gaza diserang: Algeria minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar
Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila pesawat Israel menyasarkan rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat subuh di Sekolah Al-Tabin.
Olimpik Paris 2024: Penyokong Algeria raikan Khelif mara ke final
Ratusan penyokong Algeria menghangatkan suasana tenang Court Phillippe-Chatrier di Roland Garros apabila Imane Khelif berjaya mara ke final kategori 66 kilogram.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Palsukan kematian diri sendiri, wanita nekad tikam penulis blog 50 kali
Seorang wanita berusia 23 tahun didakwa selepas menikam seorang penulis blog kecantikan Algeria di Jerman sehingga maut dalam usaha untuk memalsukan kematian sendiri.
Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat
Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0 di pusingan suku akhir Piala Dunia 2022.
Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria
Aboul-Gheit gesa Palestin laksanakan Deklarasi Algiers yang ditandatangani dua minggu lalu dalam usaha mencapai perdamaian sebenar.
Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental
Suspek yang juga gelandangan itu berada di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.