Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) disaran meletakkan calon mereka dalam pilihan raya umum ke-14 yang akan datang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Ini memandangkan kecenderungan akhbar berpangkalan di Amerika Syarikat itu mencampuri hal ehwal politik Malaysia.
"Mereka berkelakuan seperti ahli politik dan berkempen, bukannya sebagai media yang bebas dan boleh dipercayai," katanya dalam catatan blog.
Katanya, laporan akhbar itu tidak mengandungi maklumat baharu sebaliknya hanya mengulangi dakwaan dan menyiarkan semula dakwaan yang tidak dibuktikan.
"Mereka tidak dapat mengesahkan maklumat disebarkan, sebaliknya sumber tanpa nama dan dokumen yang dianggap misteri gagal dibuktikan.
"Ini mungkin tidak wujud atau mereka memperoleh maklumat salah dan tidak lengkap daripada pihak yang memusuhi pemimpin negara," katanya lagi.
Dalam laporan pada Isnin, WSJ mendakwa Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$6 juta untuk membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.
Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang dimiliki dan diteliti mereka.
Menurut Salleh, rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh dengan laporan WSJ, yang terus menyerang hal ehwal politik negara dan bercanggah dengan etika kewartawanan.
Katanya, laporan WSJ mengenai Malaysia adalah terdesak dan keterlaluan, malah apa yang dianggap akhbar itu sebagai prinsip berasaskan fakta kewartawanan bebas adalah tidak benar.
Media itu juga dianggap terlalu angkuh menyebarkan propaganda dan ia perlu ditolak kerana boleh menggugat keharmonian, kestabilan serta kemakmuran negara.
"Rakyat Malaysia tahu bagaimana hendak mengurus tadbir negara dan mengekalkan keamanan.
"Kami akan memastikan rakyat Malaysia yang menentukan masa depan negara melalui peti undi yang merupakan sebahagian daripada proses demokrasi," katanya.
Astro Awani
Tue Sep 13 2016
SALLEH: laporan WSJ kini tidak pun mempunyai maklumat baharu dan mereka hanya mengulangi berita lama dan mengumpulkan semula tuduhan-tuduhan tanpa bukti yang telah mereka laporkan sebelum ini. - Gambar fail
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Terpaksa tandatangani beberapa dokumen sehari sebelum pencalonan PRU14 - Zuraida
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu bahawa beliau terpaksa menandatangani beberapa dokumen yang disediakan oleh parti itu sehari sebelum penamaan calon bagi PRU14.
Zuraida tandatangani bon secara sukarela tanpa paksaan - Saifuddin
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Zuraida juga mempunyai pengetahuan bahawa setiap calon yang dipilih untuk bertanding atas tiket parti berkenaan perlu menandatangani bon itu.
"Elak pemilihan PAU dengan alasan kestabilan lagi?"- Ketua UMNO Alor Setar
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, kestabilan tidak boleh dijadikan alasan.
PRU15 dalam angka
PRU15 menyaksikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada lebih 21.17 juta pemilih dengan kira-kira separuh darinya pengundi muda iaitu seramai 10.6 juta orang.
Oops! Kekecohan pada hari penamaan calon yang kita masih ingati dalam PRU terdahulu
Hari Penamaan Calon tidak lepas dengan warna-warninya; ada yang kecoh, ada juga yang tenang dan berjalan lancar.
Kestabilan negara terjejas sejak BN kecundang pada PRU14 - Ahmad Zahid
Soal kestabilan negara mula kelihatan berantakan sejak Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu.
BN hilang negarawan bila tumbang dalam PRU14 - Presiden MIC
Ketidaktentuan yang berlaku dalam negara sepanjang pemerintahan PH tidak seharusnya berlaku lagi dan gabungan itu tidak boleh dibenarkan memenangi pilihan raya akan datang.
Dunia kewartawanan alami kesegaran selepas 2018, tapi masih berdepan kekangan - Johan Jaaffar
"Apa yang penting sistem politik, orang politik atau kerajaan datang dan pergi. Namun, yang tidak ke mana-mana adalah wartawan."- Johan Jaaffar
UMNO tiada DNA cetus kekacauan - Ahmad Zahid
UMNO tidak mempunyai DNA atau baka untuk mencetuskan kekacauan yang kemudiannya boleh menyebabkan negara terjerumus kepada keadaan tidak menentu.