Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini berkata wujud unsur dakyah yang memperlekehkan keutuhan institusi kesultanan di negara ini.
Beliau berkata berkata penghinaan yang dibuat terhadap institusi kesultanan itu dibayangi dan diwarnai siasah yang melampau dalam cubaan untuk memansuhkan institusi raja-raja daripada pemerintahan.
"Sehubungan itu, pentadbiran patik serta seluruh jajarannya akan mempertahankan kemuliaan dan pemerintahan Perak Darul Ridzuan yang bersultan sesuai dengan pegangan Negeri Bersultan, Rakyat Beraja," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan bersempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, pada Ahad.
Dalam ucapannya, Zambry berkata sepanjang lima tahun kebelakangan ini, pelbagai pencapaian dan pembangunan ikthisas berjaya diraih seiring dengan pertumbuhan negeri iaitu pada kadar 4.1 peratus bagi tahun 2016.
Beliau berkata antara pencapaian itu termasuk pembangunan 40,000 unit rumah mampu milik melalui kerajaan dan swasta, peluang pekerjaan kepada anak negeri melalui program pemadanan kerja Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) dan program dermasiswa yang membantu golongan berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.
"Pertama kali juga dalam sejarah pentadbiran negeri ini, apabila 15 daripada 20 agensi negeri dikurniakan taraf lima bintang, iaitu tahap kecekapan pentadbiran tertinggi dalam perkhidmatan awam.
Bagi memastikan prinsip keterangkuman dilaksanakan dalam negeri, Dewan Belia Negeri dan Majlis Perundingan Mahasiswa menjadi pentas buat anak muda mencerna idea dan melontarkan cadangan untuk memperkasakan negeri.
"Selain itu, melalui Dialog Pangkor juga, kalangan ilmuan dan berkepakaran dihimpunkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai antara forum yang membicarakan Matlamat Pembangunan Mapan di dunia," katanya
- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2017
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini berkata wujud unsur dakyah yang memperlekehkan keutuhan institusi kesultanan di negara ini.
Tiada penutupan ruang udara setakat ini - CAAM
Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Slogan pro-Palestin dan anti polis dilaungkan di Berlin
Demonstrasi aman sempena Hari Pekerja di Berlin pada Selasa diselingkan dengan jeritan slogan pro-Palestin dan anti polis.
Ribuan penunjuk perasaan banjiri ibu kota di Amerika Latin
Hari Pekerja Antarabangsa di kawasan Amerika Latin pada Rabu menyaksikan ribuan pekerja berhimpun di ibu kota utama untuk meneruskan perjuangan menuntut hak buruh dan tempatan.
Bendera Palestin diturunkan di New York
Rakaman saksi yang dikeluarkan pada Rabu memaparkan pegawai Jabatan Polis New York menanggalkan bendera Palestin dan menaikkan bendera Amerika di City College, New York.
Papagomo didakwa hari ini, kenyataan mengaib Agong
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan didakwa di Mahkamah Sesyen, pada Khamis kerana membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Jawatankuasa kaji paras kenaikan gaji penjawat awam
Perlu ada satu jawatankuasa seperti mana di sektor swasta bagi mengkaji secara menyeluruh skim gaji penjawat awam secara khusus, walaupun terdapat kenaikan setiap tahun.
Individu disenarai hitam dilarang mengajar tahfiz
Tegas Mohd Naim, pihak tahfiz perlu patuh kepada Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi Tahfiz yang diterbitkan Jakim pada 2019.
Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas kenaikan tersebut disebut sebagai tertinggi dalam sejarah, namun ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2007.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan untuk membantu setiap segmen masyarakat tanpa mengetepikan mana-mana golongan.ke luar negara hanya bertujuan untuk ‘makan angin’, tanpa membawa hasil yang membanggakan.
Beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan untuk membantu setiap segmen masyarakat tanpa mengetepikan mana-mana golongan.ke luar negara hanya bertujuan untuk ‘makan angin’, tanpa membawa hasil yang membanggakan.
Malaysia gunakan platform dunia perjuangkan isu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia guna platform dunia seperti lawatan di Riyadh untuk terus memperjuangkan isu kemanusiaan khususnya penindasan Israel terhadap Palestin.
Wujud unsur dakyah perlekeh insitusi Diraja - Zambry
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata wujud unsur dakyah yang memperlekehkan keutuhan institusi kesultanan.