awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb

Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
24/11/2019
10:10 MYT
Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye
Pada tahun 2030, Malaysia dijangka menjadi negara yang mempunyai penduduk yang mencapai usia tua dalam jumlah yang besar. - Gambar hiasan
Aktivis sosial terkemuka, Tan Sri Lam Thye pada Ahad mencadangkan pewujudan sebuah jabatan kerajaan untuk secara khusus menangani hal ehwal warga emas sebagai persediaan untuk menghadapi permulaan penuaan penduduk di Malaysia.
Beliau berkata jabatan itu harus diletakkan di bawah kementerian tertentu untuk merancang dan membuat persiapan bagi tahun 2030, tahun di mana Malaysia dijangka menjadi negara yang mempunyai penduduk yang mencapai usia tua dalam jumlah yang besar.
"Tahun 2030 lebih kurang 10 tahun sahaja lagi dan kita perlu merancang dengan baik dan meletakkan segala sumber yang diperlukan untuk menghadapi cabaran mendatang dengan masyarakat yang semakin tua," katanya pada majlis tamat pengajian untuk sekumpulan warga emas di bawah program pembelajaran sepanjang hayat yang dianjurkan oleh Universiti untuk Usia Ketiga (U3A) cawangan Petaling Jaya di sini.
UA3 adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang berasal dari Perancis, yang menawarkan pelbagai program untuk warga emas bagi mereka mempersiapkan kehidupan semasa usia tua.
Sehubungan itu, beliau berkata Malaysia juga boleh belajar dari Jepun mengenai bagaimana negara itu menghadapi peningkatan jumlah penduduk yang mencapai usia tua.
"Malaysia perlu memberi perhatian serius untuk mempersiapkan 2030 dan saya sangat merasakan bahawa saya perlu bercakap mengenai isu ini. Dan untuk ini kita perlu mengetepikan politik dalam perancangan kita memandangkan cabaran besar yang kita hadapi," katanya.
Beliau mengulangi pentingnya perancangan dan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan rancangan tindakan untuk kebajikan warga emas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktivis sosial
#jabatan kerajaan
#kerajaan
#Lee Lam Thye
#penduduk malaysia
#rakyat Malaysia
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.