KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nor Saiful Zaini Nasiruddin mencadangkan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim depan dijalankan secara liga dua pusingan selain mewujudkan semula saingan divisyen satu.
Beliau berkata selain menyaksikan setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik iaitu bermain di tempat lawan dan sendiri, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
"Sesetengah pasukan ada yang kami menang dengan lebih 20 gol mungkin boleh beralih ke divisyen satu dan untuk premier kita perlu letak (pasukan) yang sama standard, agak rendah boleh tapi tidak terlalu banyak jurang (standard).
"Apabila bermain kami perlu beri yang terbaik sebab itu (menang) sampai 15, 17 dan 20 gol. Sudah tentu kami seronok sebab jaring banyak gol tapi untuk (kebaikan) liga mungkin kena pisahkan. Itu pandangan saya," katanya ketika ditemui selepas final Piala TNB 2024 di sini.
Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, skuad bimbingan Nor Saiful menewaskan juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT) 4-2 sekali gus mengesahkan kejuaraan trebel musim ini.
Kejayaan itu menambah koleksi kejuaraan TNB selepas turut muncul juara Piala Sumbangsih dan mengungguli saingan LHM 2024.
Sebanyak 11 pasukan bertanding dalam saingan kategori lelaki LHM 2024.
Kali terakhir saingan LHM dijalankan secara dua divisyen iaitu premier dan divisyen satu adalah pada 2018 manakala kali terakhir berlangsung secara liga dua pusingan adalah pada tahun lepas, menyaksikan lapan pasukan bertanding.
Sebagai rekod, TNB menewaskan JM Antsbees 22-1 yang menjadi kemenangan terbesar liga musim ini, selain turut merakam kemenangan 15-1 mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menjinakkan Kuala Lumpur City 13-0.
TNB juga membelasah Kuala Lumpur City 17-1 pada aksi suku akhir kedua Piala TNB.
Sementara itu, Nor Saiful berkata pasukan sedia mempertimbangkan untuk terus menggunakan khidmat pemain kebangsaan Korea Selatan Jang Jong Hyun yang sudah berusia 40 tahun.
"Mungkin terlalu awal untuk bercakap mengenainya (kekal atau tidak) sebab dia (Jang) juga sudah berusia 40 tahun. Kalau dia mahu terus bersama kami dan tahap kecergasannya baik, kami akan mempertimbangkannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
NOR SAIFUL: Sesetengah pasukan ada yang kami menang dengan lebih 20 gol mungkin boleh beralih ke divisyen satu dan untuk premier kita perlu letak (pasukan) yang sama standard. - Foto BER
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.