awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers

Sinar Harian
Sinar Harian
01/04/2024
01:15 MYT
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Ahmad Najmi Abdul Razak, pengurus baharu skuad Speedy Tigers. - Foto Sinar Harian/BERNAMA
TIMBALAN Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak dilantik sebagai pengurus skuad Speedy Tigers bagi menggantikan Datuk Mirnawan Nawawi.
Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
“Saya sudah berbincang perkara ini dengan (pengerusi jawatankuasa kejurulatihan) Datuk Majid Manjit Abdullah dan Ahmad Najmi. Semua pihak bersetuju melantik beliau sebagai pengurus pasukan kebangsaan yang baharu.
“Biarpun dia pengerusi jawatankuasa pasukan kebangsaan, kami percaya dia adalah orang yang sesuai untuk tugas ini.
“Beliau sangat mesra dengan pasukan dan kami telah memutuskan bahawa dia akan mula sebagai pengurus berkuat kuasa serta-merta,” katanya.
Beliau ditemui media pada majlis berbuka puasa KHM bersama media di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mirnawan dilantik sebagai pengurus pasukan pada 2020 dan meninggalkan jawatan itu pada Januari selepas kontraknya tamat.
Kontrak Olympian itu tidak diperbaharui berikutan keputusan untuk membubarkan skuad kebangsaan oleh KHM susulan kegagalan Speedy Tigers layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hoki
#Ahmad Najmi Abdul Razak
#Speedy Tigers
#pengurus Speedy Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan