awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2024
06:30 MYT
Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin berkata, melalui kaedah ini BPT dan Beras Putih Import (BPI) ditetapkan dalam satu harga bagi beras 10 kilogram (kg). - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Kerajaan dicadang untuk mewujudkan satu gred harga beras putih di negara ini bagi mengelak sebarang manipulasi Beras Putih Tempatan (BPT).
Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, melalui kaedah ini BPT dan Beras Putih Import (BPI) ditetapkan dalam satu harga bagi beras 10 kilogram (kg).
"Dalam cadangan awal saya untuk mengatasi masalah manipulasi harga ini ialah dengan letak satu harga bagi satu gred beras. Ini kerana ada pihak yang membungkus BPT dalam bungkusan BPI dengan tujuan untuk manipulasi.
"Kalau ada dua gred padahal beras yang sama ia akan menyebabkan berlaku manipulasi di mana BPT akan dikampit dalam BPI yang lebih mahal. Inilah yang berlaku sekarang ini BPT berharga RM26 bagi 10 kilogram (kg) tidak ada di pasaran," katanya selepas membuat tinjauan di beberapa pasar raya sekitar sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, melalui cadangan itu juga adalah lebih baik untuk satu gred beras yang sama diletakkan di bawah satu jenama.
"Langkah ini juga boleh meminimumkan permainan dan manipulasi harga oleh kartel yang berada dalam industri ini. Satu gred harga bagi beras yang sama merupakan penyelesaian kepada manipulasi ini," katanya.
Sementara itu, ditanya sama mengenai kewajaran dikekalkan RM26 bagi 10kg sekiranya diwujudkan gred harga bagi beras yang sama, beliau menegaskan ia tidak munasabah.
"Harga RM26 sudah tidak munasabah sebab pengilang tidak mampu kerana mereka akan rugi.
"Jadi, dalam hal ini perlu ada perbincangan yang lebih lanjut dengan semua pemegang taruh supaya dapat diberikan harga yang munasabah," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#beras putih tempatan
#beras putih import
#manipulasi beras
#NACCOL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan