SHAH ALAM: Satu undang-undang khusus berkaitan perbuatan buli terhadap pelajar perlu diwujudkan demi mengatasi semua jenis buli baik secara mental, emosi dan fizikal.
Pensyarah Undang-Undang, Perlembagaan dan Hak Asasi, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, ketika ini tiada undang-undang khusus untuk perbuatan buli.
Menurut beliau, ini termasuk sama ada dalam undang-undang jenayah seperti Kanun Keseksaan mahupun undang-undang sivil seperti Akta Pendidikan 1996, malah tiada undang-undang yang memberikan definisi ‘buli’.
“Banyak pihak telah menyuarakan perlunya dipinda Akta Pendidikan 1996 ataupun mewujudkan sebuah akta khas, seperti yang dibuat oleh beberapa negara seperti di Amerika Syarikat, untuk mengawal dan mengekang kejadian buli di sekolah.
“Sudah sampai masanya buli dalam kalangan kanak-kanak di sekolah dihapuskan.
"Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuat polisi dan undang-undang khusus bertujuan menghapuskan semua jenis buli sama ada secara mental, emosi dan fizikal terhadap kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, buli di alam siber dalam kalangan kanak-kanak juga banyak terjadi dan tidak semua buli berlaku secara fizikal atau di pekarangan sekolah. Sebaliknya, ia juga boleh berlaku di internet, di luar mata umum.
“Pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pembuli dalam talian, bagaimanapun memandangkan buli siber semakin berleluasa undang-undang untuk menghukum pembuli siber sewajarnya sudah digubal.
“Bagaimanapun, ada beberapa peruntukan undang-undang yang menyediakan sedikit perlindungan daripada bahaya dalam talian.
"Menghantar mesej ugutan boleh menjadi satu kesalahan jenayah di bawah Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia 1998 atau Seksyen 503 Kanun Keseksaan Malaysia yang berkaitan dengan ugutan,” katanya.
Pada masa sama, beliau menjelaskan, sama ada tindakan undang-undang terhadap perbuatan buli boleh dibawa ke mahkamah atau tidak, ia bergantung pada fakta kes dan kecederaan yang dialami serta akibat kecederaan yang dialami.
Katanya, dalam situasi tertentu, buli hanya melibatkan kes atau undang-undang sivil sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ia berkemungkinan melibatkan bukan saja kes sivil, malah juga kes jenayah.
“Namun begitu berdasarkan peruntukan sedia ada di negara kita bukan semua jenis buli dibawa ke mahkamah. Hanya buli yang melampau sahaja yang berhadapan dengan tindakan mahkamah.
“Membuli dengan melibatkan kecederaan pada tubuh badan adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dakwa di bawah Kanun Keseksaan. Pembuli akan didakwa di mahkamah dalam perbicaraan jenayah.
“Jika melibatkan pembuli di bawah umur, maka akan dibicarakan di mahkamah kanak-kanak.
"Sekiranya pembuli/pesalah berumur di bawah 18 tahun tetapi berumur 10 tahun ke atas, mengikut seksyen 11 Akta Kanak-Kanak 2001 dia akan dibicarakan sebagai bawah umur di Mahkamah Khas Bagi Kanak-Kanak,” katanya.
Menurut beliau, di bawah undang-undang sivil, seseorang boleh menuntut ganti rugi (pampasan wang) daripada seseorang yang telah menyebabkan mudarat terhadap dirinya.
“Dalam kes buli, mangsa buli boleh membuat tuntutan terhadap pembuli di bawah Undang-Undang Tort.
"Akibat daripada tindakan secara sengaja atau cuai, maka seseorang itu boleh tercedera dan satu tuntutan menerusi Undang-Undang Tort yang juga sering dirujuk sebagai Undang-Undang Kecederaan Peribadi (Personal Injury Laws),” katanya.
BACA: Lagi kes buli, KPM tunggu laporan penuh
BACA: Kes buli: KPM kaji cadangan wujud jawatan warden asrama sepenuh masa
BACA: Kes buli: Wajar lantik warden asrama dalam kalangan pesara polis, tentera - Lee Lam Thye
BACA: 'Gejala buli perlu dianggap jenayah berat' - Bapa Zulfarhan
BACA: Ambil peduli buli dalam masyarakat, kenali enam jenis buli
BACA: Ibu bapa mangsa buli boleh ambil tindakan undang-undang
BACA: Perlu seragam SOP orientasi, kekang buli dalam kalangan pelajar
BACA: Kes buli MRSM: Mangsa dirawat di hospital, alami kecederaan tisu lembut
BACA: MARA tidak berkompromi gejala buli - Mahdzir Khalid
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 13 2021
Satu undang-undang khusus berkaitan perbuatan buli terhadap pelajar perlu diwujudkan demi mengatasi semua jenis buli baik secara mental, emosi dan fizikal. -Gambar hiasan
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi seluruh dunia pulang selepas misi ditangguh
Delegasi seluruh dunia dan Malaysia dijangka bergerak pulang ke negara masing-masing dalam waktu terdekat.
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Seorang pelajar yang tular kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah
Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari asrama akibat dibuli.
Dakwaan buli: Ibu kepada remaja lari dari asrama buat laporan polis
Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.
Kes Buli: Tunggu laporan lengkap, pihak pengurusan sekolah enggan beri kenyataan
Pihak pengurusan berkata segala kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas laporan dan proses siasatan lengkap dilakukan.
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.