X MULA menghalang carian menggunakan kata kunci “Taylor Swift” pada laman mereka sejak semalam.

Tindakan halangan sementara ini dilakukan oleh X selepas imej lucah Taylor Swift dijana oleh kecerdasan buatan (AI) mula tersebar di laman media sosial tersebut.

Selain menghalang carian Taylor Swift, X juga telah memadam ciapan yang mengandungi imej lucah tersebut.

Apa yang dilakukan oleh X ini adalah agak istimewa untuk Swift kerana mereka sebelum ini enggan memadam imej palsu janaan AI yang melibatkan artis, ahli politik dan tokoh agama lain.

Ini kerana mereka berpegang kepada prinsip “kebebasan bersuara mutlak” mengikut arahan Elon Musk.

Taylor Swift telah mengeluarkan kenyataan akan menyaman individu yang menghasilkan imej palsu tersebut.

Besar kemungkinan X memadam sebarang imej lucah Swift bagi mengelakkan mereka turut disaman kerana gagal menghalang penyebarannya. -Amanz