PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memerlukan dana RM50 juta setahun bagi mengaktifkan gerak kerja dakwah dalam pelbagai lapangan, kata Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan.
Beliau berkata berdasarkan tahun-tahun sebelumnya, purata dana sumbangan yang diterima Yadim hanya kira-kira RM20 juta.
"Kita perlukan lebih dana untuk bergerak lebih aktif kerana sasaran dakwah kita ada pelbagai segmen seperti penduduk di Sabah, Sarawak, Orang Asli dan asnaf selain turut menyantuni mangsa-mangsa bencana alam.
"Selain menyampaikan dakwah melalui majlis ilmu, tazkirah, street dakwah dan sebagainya, kita juga memerlukan peruntukan untuk program-program melatih pendakwah baharu dan penyebaran risalah tentang Islam kepada masyarakat," katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Yadim dan MobilityOne Sdn Bhd, di sini hari ini.
Perjanjian usaha sama Yadim dan MobilityOne selama lima tahun itu adalah bagi projek pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan teknologi kewangan bagi program penjanaan dana infaq Yadim.
Ketua Pegawai Eksekutif MobilityOne Datuk Hussian A Rahman berkata kerjasama dengan Yadim itu akan memudahkan penderma menggunakan pelbagai saluran pembayaran digital untuk menderma kepada badan berkenaan.
Beliau berkata antara saluran yang telah dikenal pasti ialah pembayaran tanpa tunai melalui terminal e-pos MobilityOne, pembayaran dalam talian melalui portal rasmi Yadim dan melalui saluran aplikasi mudah alih.
"Kita jangka tiga bulan daripada sekarang, sistem pembayaran infaq untuk Yadim yang dibangunkan oleh syarikat kami akan mula beroperasi sepenuhnya," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyaksikan pemeteraian perjanjian berkenaan dalam ucapan ringkasnya berharap agar usaha sama itu akan menjadikan Yadim lebih gah dan mudah menyampaikan dakwah dalam pelbagai cara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021
Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan (kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Program Penjanaan Dana Infaq Yadim bersama MobilityOne Sdn Bhd di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
YADIM disaran tingkat usaha sebar nilai rahmah dalam dakwah
Aktiviti serta program kemasyarakatan bersama komuniti merentasi budaya dan agama perlu diteruskan untuk memupuk kerukunan dalam masyarakat.
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.
YADIM main peranan beri kefahaman agenda Malaysia MADANI - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat.
Tiga beradik buta usahakan kraftangan, bantal kekabu
Warga emas tiga beradik OKU penglihatan usahakan kraftangan dan bantal kekabu untuk kelangsungan hidup.
Miss Plus World tetap diadakan, penganjur perlu tepati janji
YADIM tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.
Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM
Katanya terdapat aduan yang diterima dari beberapa individu yang mendakwa tercicir dari senarai penerima.
Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.
Multaqa Ulama Asia Tenggara medium penyelesaian cabaran umat Islam
Jelasnya, dengan menyalahkan orang lain, ia tidak akan menyedarkan umat Islam itu sendiri untuk menentukan keselamatan dan kemakmuran.